Filem Superhero Marvel Yang Ditayangkan Pada Tahun 2020

Sembang, ZeKool

Pada tahun 2019, kita dapat saksikan penamat kepada koleksi filem-filem The Infinity Saga yang dihasilkan oleh Marvel Cinematic Universe sejak tahun 2008, Thanos berjaya ditewaskan oleh superhero Marvel menggunakan bantuan teknologi time machine. Ramai yang dah tahu, filem-filem Marvel Cinematic Universe ditayangkan kepada umum mengikut fasa.

Fasa pertama bermula dengan filem Iron Man (2008), Incredible Hulk (2008), Iron Man 2 (2010), Thor (2011), Captain America: The First Avenger (2011) dan The Avengers (2012). Ini antara superhero terawal yang mula terlibat dengan Marvel Cinematic Universe termasuk lah Rhodey sebagai War Machine, Black Widow, Bucky sebagai Winter Soldier dan Hawkeye.

 

View this post on Instagram

 

He is Iron Man, from the beginning to the end. #AvengersEndgame

A post shared by Marvel Studios (@marvelstudios) on

Tamat fasa pertama, Marvel Cinematic Universe teruskan lagi dengan fasa kedua melalui filem Iron Man 3 (2013), Thor: The Dark World (2013), Captain America: The Winter Soldier (2014), Guardians of the Galaxy (2014), Avengers: Age of Ultron (2015) dan Ant-Man (2015). Selain daripada Guardians of the Galaxy merupakan superhero baru yang mula diperkenalkan dalam fasa kedua, ada lagi superhero baru yang lain mula muncul dalam filem Marvel Cinematic Universe antaranya Scarlet Witch, Vision, Falcon dan Ant-Man.

 

View this post on Instagram

 

What was your favorite moment from #AntManAndTheWasp? See it again (ticket link in bio)

A post shared by Marvel Studios (@marvelstudios) on

Fasa terakhir untuk The Infinity Saga iaitu fasa ketiga, Marvel Cinematic Universe keluarkan 11 filem antaranya Captain America: Civil War (2016), Doctor Strange (2016), Guardians of the Galaxy Vol. 2 (2017), Spider-Man: Homecoming (2017), Thor: Ragnarok (2017), Black Panther (2018), Avengers: Infinity War (2018), Ant-Man and the Wasp (2018), Captain Marvel (2019), Avengers: Endgame (2019) dan Spider-Man: Far From Home (2019). Sedar tak sedar, dah 23 filem Marvel Cinematic Universe yang kita layan sejak tahun 2008.

 

View this post on Instagram

 

The God of Thunder, from beginning to end. #AvengersEndgame

A post shared by Marvel Studios (@marvelstudios) on

Pada tahun 2020, bermula lah fasa terbaru untuk Marvel Cinematic Universe iaitu fasa keempat melalui 6 filem yang akan ditayangkan bermula tahun 2020 sehingga 2021, diumumkan sendiri oleh Marvel. Ada 2 filem Marvel Cinematic Universe yang akan ditayangkan pada tahun 2020 nanti antaranya filem Black Widow dan The Eternals.

BLACK WIDOW

Masih lagi mengekalkan Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff atau Black Widow untuk memegang watak utama, filem Black Widow berlaku selepas apa yang berlaku dalam filem Captain America: Civil War yang ditayangkan pada tahun 2016.

 

View this post on Instagram

 

Check out the brand new teaser poster for Marvel Studios’ #BlackWidow. In theaters May 1, 2020.

A post shared by Marvel Studios (@marvelstudios) on

Dalam filem Black Widow, kali ni Black Widow keseorangan tanpa superhero yang lain, akan berhadapan dengan kisah masa silam yang sentiasa menggangu jiwa dan fikirannya dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe sebelum ni. Filem Black Widow dijangka akan ditayangkan kat Malaysia pada 30 April 2020. Trailer yang pertama dah pun keluar, yang belum lagi tengok sila lah layan kat bawah ni.

THE ETERNALS

The Eternals merupakan barisan superhero terbaru yang akan muncul dalam Marvel Cinematic Universe, menampilkan pelakon-pelakon baru yang kita belum pernah nampak dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe sebelum ni. Pelakon ternama yang akan terlibat dalam filem The Eternals ni antaranya Angelina Jolie akan memegang watak sebagai Thena yang mempunyai kuasa superhuman termasuk lah boleh lari dengan laju, ketahanan badan yang melampau, boleh terbang dan mengawal minda.

 

View this post on Instagram

 

Check out photos from the Marvel Studios panel in Hall H at San Diego Comic-Con. #SDCC (1/4)

A post shared by Marvel Studios (@marvelstudios) on

Salma Hayek juga akan terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam The Eternals, memegang watak sebagai Ajak, salah seorang anggota The Eternals. Filem The Eternals dijangka akan mula ditayangkan kat Malaysia pada 5 November 2020.

KATALAKI: Tahun 2021, ada 4 filem Marvel Cinematic Universe yang akan ditayangkan termasuk filem Shang-Chi, Doctor Strange, Spider-Man dan Thor.

Last modified: 17 December 2019