Lebih daripada 100 filem Hollywood yang ditayangkan di seluruh dunia pada tahun 2019. Ada filem yang masuk Malaysia, ada yang tak lepas dan ada gak filem yang ditayangkan secara eksklusif kat Netflix. Setiap tahun, filem-filem yang ditayangkan dalam tahun tersebut akan dinilai untuk menentukan filem mana yang layak menang anugerah di beberapa majlis anugerah tertinggi Hollywood termasuk lah Golden Globe Awards dan Academy Awards.
View this post on Instagram
Pada 9 Disember 2019 hari tu, calon-calon yang bakal menerima anugerah di Golden Globe Awards 2020 dah pun diumumkan. Lebih daripada 20 anugerah yang akan disampaikan nanti termasuk lah untuk kategori filem dan drama bersiri. Kali ni kita nak tengok filem-filem tahun 2019 yang berjaya dicalonkan untuk anugerah Best Motion Picture, yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Drama dan Muzikal/Komedi. Kiranya, ni anugerah yang paling tertinggi dan ditunggu-tunggu di Golden Globe Awards 2020 nanti. Mari kita tengok filem apa yang tercalon untuk anugerah Best Motion Picture – Drama. Tahun sebelum ni, filem Bohemian Rhapsody yang berjaya menang anugerah ni.
1917
Setakat artikel ni ditulis dan calon diumumkan, filem ni belum lagi ditayangkan di pawagam. Filem 1917 dijangka akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 25 Disember 2019 dan di seluruh dunia pada 16 Januari 2020.
There is only one way this war ends. Last man standing. From Oscar-winning director Sam Mendes, watch the new 1917 trailer now. In theaters December. #1917Movie pic.twitter.com/kWndUkiuwG
— 1917 (@1917) October 3, 2019
Diarahkan oleh Sam Mendes yang pernah mengarahkan filem 2 filem James Bond sebelum ni iaitu Skyfall dan Spectre, filem 1917 mengisahkan tentang perang dunia pertama yang berlaku pada tahun 1917, kisah benar yang diceritakan oleh datuk kepada Sam Mendes sendiri iaitu Alfred Mendes.
THE IRISHMAN
Diarahkan oleh pengarah tersohor Hollywood, Martin Scorsese, filem The Irishman menggandingkan 2 orang pelakon legenda sebagai watak utama iaitu Robert De Niro dan Al Pacino yang terlibat dalam dunia gangster.
Scorsese. De Niro. Pacino. Pesci.
The Irishman, a story of a lifetime.
Watch now on @netflix. pic.twitter.com/GvbhtNaari— The Irishman (@TheIrishmanFilm) November 27, 2019
Pengarah dan pelakon yang terlibat dalam filem ni semuanya legenda, korang faham-faham je la kenapa filem ni tercalon untuk anugerah Best Motion Picture – Drama di Golden Globe Awards 2020. Yang tak pernah lagi tengok filem ni, korang boleh tengok kat Netflix.
JOKER
Filem yang memang dah dijangka akan merebut beberapa anugerah sejak mula ditayangkan di pawagam, filem Joker menerima 4 pencalonan di Golden Globe Awards 2020.
Wow. What a ride this has been!! Thank you to the fans! #joker – Todd Phillips pic.twitter.com/5gVquMs6Ps
— Joker Movie (@jokermovie) November 16, 2019
Selain daripada anugerah Best Motion Picture – Drama, filem Joker juga dicalonkan untuk anugerah Best Performance in a Motion Picture – Actor (Joaquin Phoenix), Best Director (Todd Phillips) dan Best Original Score.
MARRIAGE STORY
Filem lakonan Adam Driver dan Scarlett Johansson ni baru je ditayangkan kat Netflix sejak 6 Disember 2019 hari tu, mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang berhadapan dengan pelbagai ujian dalam hubungan sebagai suami dan isteri sehingga bercerai.
They’re coming undone together. Watch the full official trailer for Noah Baumbach’s #MarriageStory starring Scarlett Johansson and Adam Driver as Nicole and Charlie. In theaters November 6 and on @Netflix December 6. pic.twitter.com/g4I1vNTWiJ
— Marriage Story (@MarriageStory) October 17, 2019
Ada tak yang dah tengok filem ni? Menitik ke tak air mata korang tu? Filem Marriage Story merupakan filem yang paling banyak menerima pencalonan di Golden Globe Awards 2020 iaitu sebanyak 6 pencalonan.
THE TWO POPES
Filem The Two Popes merupakan filem kisah benar mengenai Pope Benedict dan Pope Francis yang tinggal di Vatican City. Filem ni mula ditayangkan kat Netflix pada 20 Disember 2019, menampilkan Anthony Hopkins yang memegang watak sebagai Pope Benedict XVI.
“There’s a saying — God always corrects one Pope by presenting the world with another.”
THE TWO POPES arrives in theaters on 11/27 and on Netflix 12/20. pic.twitter.com/fXggcujRB7
— Netflix Film (@NetflixFilm) November 5, 2019
Filem-filem yang berjaya disenaraikan sebagai calon untuk anugerah Best Motion Picture – Musical/Comedy adalah Dolemite Is My Name, Jojo Rabbit, Knives Out, Once Upon a Time in Hollywood dan Rocketman.
View this post on Instagram
KATALAKI: Kalau filem favourite korang tahun 2019 tak tercalon maknanya filem tu tak cukup gempak la kot untuk dicalonkan di Golden Globe Awards 2020 yang bakal berlangsung pada 6 Januari 2020 (waktu Malaysia).