Filem “Terbaek” Pasal Bola Sepak

Sembang

Untuk naikkan lagi semangat korang yang gilakan bola sepak, kali ni kami sediakan filem pasal bola yang korang wajib layan.

Pelé: Birth Of A Legend (2016)

Siapa je yang tak kenal legenda bola sepak dari Brazil, Pelé. Filem ni pasal kisah benar Pelé dari zaman kanak-kanak yang sangat miskin, sampai nak beli bola yang betul untuk main bola pun takde duit. Dalam filem ni nanti korang boleh tengok macam mana Pelé cipta nama daripada kanak-kanak yang miskin sehingga berjaya menang Piala Dunia FIFA 1958 dan menjadi ikon bola sepak. Walaupun filem ni mendapat beberapa kritikan pedas dan kurang dapat sambutan, tapi berbaloi juga untuk korang tengok dan kenal macam mana Pelé sebelum jadi legend.

Goal II: Living The Dream (2007)

Kalau yang suka layan The Journey dalam game FIFA, filem ni pun lebih kurang macam The Journey. Filem ni filem sambungan kedua selepas Goal!, pasal seorang pemain bola yang mula bermain di Newcastle United dan dapat perhatian ramai sehingga dibeli oleh Real Madrid. Dalam filem ni juga ada penampilan khas daripada pemain bola ternama antaranya David Beckham, Sergio Ramos, Roberto Carlos, Ronaldinho dan ramai lagi. Kalau tengok filem ni kita boleh nampak macam mana dunia glamour boleh mempengaruhi karier pemain bola sepak.

United (2011)

Fans setan merah kena tengok filem ni. Yang dah tengok tu, tengok sekali lagi. Filem mengenai kisah benar Manchester United dan lagenda Busby Babes. Dalam filem ni juga ada tunjuk pasal kemalangan kapal terbang yang menjadi perhatian dunia suatu masa dulu.

Bend It Like Beckham (2002)

Selain daripada David Beckham punca untuk korang tengok filem ni, Kiera Knightley juga antara sebab utama korang kena layan filem ni. Masa ni David Beckham tengah famous kaw-kaw sampai ada filem. Kiera Knightley pun muda lagi masa ni. Filem ni pasal seorang gadis yang minat sangat dengan bola sepak dan David Beckham, berusaha untuk jadi seorang pemain bola sepak wanita profesional.

Shaolin Soccer (2001)

Yeahh. Filem yang paling syok dan lawak untuk korang layan. Masa filem ni baru keluar dan tengah meletup, sampai terbawa-bawa la aksi dalam filem ni kat atas padang. Pengarah dan pelakon utama filem ni, Stephen Chow memang serius lawak! Stephen Chow sendiri mengaku dia dapat idea nak buat cerita ni berdasarkan manga dan anime terkenal jepun, Captain Tsubasa.

KATALAKI: Rasa-rasanya nanti ada tak filem biografi pasal Messi atau CR7?

Last modified: 1 December 2018