Filem Terbaru Bad Boys Bukan Lagi Diarahkan Oleh Michael Bay

Sembang

Selepas 16 tahun, baru lah secara rasminya kita dapat tahu berita mengenai filem sequel Bad Boys yang terbaru, Bad Boys for Life yang akan mula ditayangkan pada 17 Januari 2020. Masih lagi mengekalkan gandingan pelakon utama yang sama iaitu Will Smith dan Martin Lawrence, Bad Boys for Life mengisahkan mengenai Mike (Will Smith) dan Marcus (Martin Lawrence) kembali bersatu selepas lama terpisah, kali ni diburu oleh ketua gangster untuk membalas dendam.

Image Via : rollingstone.com

Filem Bad Boys yang pernah ditayangkan sebelum ni, Bad Boys (1995) dan Bad Boys II (2003) semuanya diarahkan oleh Michael Bay. Untuk info, filem Bad Boys (1995) merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Michael Bay sebelum mula popular dengan filem arahan yang lain antaranya Armageddon (1998), Pearl Habor (2001) dan Transformers (2007).

Image Via : amazon.com

Filem Bad Boys for Life kali ni menggunakan hasil air tangan pengarah baru iaitu Adil El Arbi dan Bilall Fallah yang pernah mengarahkan beberapa filem di Belgium sebelum ni. Hanya 4 pelakon je yang masih dikekalkan dalam filem Bad Boys for Life sejak filem pertama Bad Boys pada tahun 1995 antaranya Will Smith, Martin Lawrence, Joe Pantoliano dan Theresa Randle.

Image Via : theblast.com

Filem Bad Boys for Life kali ni dikatakan filem terakhir untuk kita tengok aksi Will Smith dan Martin Lawrence dalam franchise filem Bad Boys. Kalau tengok trailer pun, banyak kali dorang guna dialog “Last Ride“. Ada kemungkinan gak lepas ni ada lagi filem baru Bad Boys, tapi akan menampilkan pelakon utama yang baru. Tu pun bergantung gak macam mana sambutan orang ramai dengan filem Bad Boys for Life ni nanti.

Image Via : ew.com

Kalau korang belum lagi tengok trailer Bad Boys for Life, boleh layan jap dua trailer Bad Boys for Life yang dah ditayangkan kepada orang ramai kat bawah ni.

.

KATALAKI: Pelakon mana yang korang nak tengok dan boleh ganti Will Smith dan Martin Lawrence untuk filem Bad Boys versi baru nanti?

Last modified: 11 November 2019