Filem Terminator Terbaru: I’ll Be Back

Sembang

Sejak bila korang mula kenal Arnold Schwarzenegger? Kebanyakkan antara kita bila kita nampak atau dengar je nama Arnorld Schwarzenegger mesti terus teringat filem Terminator kan? Filem pertama lakonan Arnold Schwarzenegger dalam franchise filem Terminator ialah pada tahun 1984 yang bertajuk The Terminator. Silap-silap korang tak lahir pun lagi masa ni.

Selepas filem pertama, The Terminator arahan James Cameron mendapat pujian ramai dan masuk dalam senarai box office di Amerika Syarikat, 7 tahun kemudian baru lah lahir sequel untuk filem Terminator seterusnya yang bertajuk Terminator 2: Judgement Day pada tahun 1991.

Lepas filem sequel kedua ni keluar, baru lah berlambak sequel seterusnya keluar di pawagam, ada juga versi siri TV dan web series yang ditayangkan kepada peminat-peminat filem Terminator. Tapi bukan lagi James Cameron sebagai pengarah.

Ogos 2018, Paramount Pictures bagi berita gembira untuk kita semua melalui Twitter, secara rasminya mengumumkan yang filem terbaru Terminator akan ditayangkan pada November 2019 nanti.

Pelakon asal watak Sarah Connor, Linda Hamilton nampaknya akan kembali dalam filem Terminator terbaru nanti. Kalau dalam gambar kat atas tu, Linda Hamilton yang paling kanan. Jom kita tengok balik Linda Hamilton masa zaman muda dulu.

Arnold Schwarzenegger pun akan berlakon juga dalam filem ni nanti sebagai robot T-800. Untuk pengetahuan korang, filem Terminator terbaru ni nanti ialah filem sequel selepas filem kedua Terminator 2 : Judgment Day dan James Cameron kembali sebagai penerbit dan akan diarahkan oleh Tim Miller, pengarah filem Deadpool. Memang cun la tu kan. Kalau korang tak tengok sequel filem Terminator yang dah semakin mengarut sebelum ni pun takpe sebab filem Terminator yang terbaru ni dorang buat balik sequel bermula daripada Terminator 2 : Judgement Day.

Kot-kot korang dah lupa macam mana rupa robot jahat dalam filem The Terminator dan Terminator 2: Judgement Day, korang boleh usha kat bawah ni ha.

The Terminator

Terminator 2 : Judgement Day

Terminator 2 : Judgement Day

KATALAKI: Macam mana agaknya rupa robot jahat untuk filem terbaru nanti ni

Last modified: 11 February 2019