Filem Wajib Tonton: Februari 2019

Sembang

Orang yang lahir bulan Februari ni selalunya orang cakap, seorang yang romantis dan berhati jiwang. Betul ke? Selamat hari jadi la untuk korang yang sambut birthday bulan Februari ni. Cepat betul korang tua kan. Baru bulan dua.

Kali ni kami bukan nak cakap pasal hari jadi, tapi dalam artikel ni kita nak tengok sama-sama filem boek apa yang akan ditayangkan kat pawagan untuk bulan Februari ni. Korang dah ada ke filem yang korang memang dah aim nak tengok? Cer usha jap kat bawah ni kot-kot filem yang korang tunggu ada tak dalam senarai filem wajib tonton bulan Februari daripada kami.

Alita: Battle Angel

Ni memang filem wajib tonton untuk tahun 2019. Dah ditayangkan bermula 5 Februari 2019. Kami ada buat artikel pasal filem Alita: Battle Angel ni, korang boleh baca kat sini dulu sebelum pergi tengok okeh.

Misteri Dilaila

Yang suka cerita seram terkejut-terkejut, kena tengok la cerita ni. Pelakon pun power-power. Lakonan Zul Ariffin, Rosyam Nor dan yang paling penting, Elizabeth Tan. Filem ni akan mula ditayangkan pada 21 Februari 2019 nanti.

Cold Pursuit

Kalau korang sangap nak tengok filem aksi tumbuk-menumbuk, tembak-menembak lakonan Liam Neeson, ni lah filem terbaru yang akan ditayangkan bermula 21 Februari 2019 nanti.

Happy Death Day 2U

Cerita seram dan psycho yang boleh buat korang berpeluh tangan kat dalam wayang. Akan ditayangkan bermula 21 Februari 2019 nanti. Filem ni ialah filem sequel untuk filem yang pertama bertajuk Happy Death Day, dah ditayangkan pada tahun 2017. Kalau korang tak tengok lagi filem yang pertama tu, pergi tengok dulu. Kang tak faham lak jalan cerita filem Happy Death Day 2U ni.

KATALAKI: Selamat menonton wayang dan jangan buat wayang.

Last modified: 11 February 2019