Filem² Yang Akan Ditayangkan Pada Hari Raya

Sembang

Macam mana dengan persiapan korang nak sambut Hari Raya nanti? Raya sakan nampak tahun ni. Ada satu lagi benda yang korang tak boleh lupa sebenarnya bila dah nak dekat raya. Dah tahun 2019 ni, salah satu aktiviti yang selalu dilakukan pada Hari Raya pertama dan semakin diterima ramai ialah pergi tengok wayang.

Jadi, kami nak kongsikan awal-awal kat korang, filem apa yang akan ditayangkan pada Hari Raya nanti dan korang boleh layan filem-filem ni dengan mood raya sakan korang tu. Jangan tapau lemang dalam wayang lak.

X-Men: Dark Phoenix

Image Via : rollingstone.com

Tarikh Tayangan : 6 Jun 2019

Filem yang ditunggu-tunggu sejak kali terakhir filem X-Men ditayangkan pada tahun 2016, X-Men: Apocalypse. Filem X-Men: Dark Phoenix ni juga merupakan filem ke-12 dalam franchise filem-filem X-Men termasuk lah filem Deadpool, Logan dan Deadpool 2. Sebelum ni kami ada buat artikel pasal X-Men: Dark Phoenix ni. Korang boleh baca kat sini.

Men In Black: International

Image Via : wired.com

Tarikh Tayangan : 13 Jun 2019

Thor dan Valkyrie bergabung sekali lagi dalam filem, kali ni sebagai pelakon utama untuk filem bersiri paling popular di dunia. Kali pertama filem Men In Black ditayangkan ialah pada tahun 1997 yang dilakonkan oleh Tommy Lee Jones dan Will Smith.

Image Via : thatmomentin.com

Untuk filem Men In Black: International ni, Chris Hemsworth dan Tessa Thompson sebagai Agent H dan Agent M yang berpusat di London, berkolaborasi untuk memburu alien-alien yang sesat dan liar di bumi macam yang dilakukan oleh Tommy Lee Jones dan Will Smith sebelum ni. Kalau Men In Black sebelum ni, dorang beroperasi di Amerika Syarikat, tapi untuk filem Men In Black: International kali ni di London lak.

Toy Story 4

Image Via : syfy.com

Tarikh Tayangan : 20 Jun 2019

Sedar tak sedar, dah 24 tahun dah franchise filem Toy Story ni. Filem yang pertama ditayangkan pada tahun 1995. Mesti korang pun masih lagi bersekolah masa tu.

Image Via : YouTube

Kalau belum lagi tengok Toy Story 3 yang ditayangkan pada tahun 2010, wajib tengok dulu filem tu sebelum tengok Toy Story 4 ni sebab Toy Story 4 memang betul-betul sambungan daripada filem Toy Story 3. Kang tak faham lak. Ada gak gossip yang kata Toy Story 4 ni merupakan filem terakhir franchise filem Toy Story. Yang memang ikut filem Toy Story dari tahun 2010 confirmed meraung kat dalam wayang bila tengok Toy Story 4 nanti.

Child’s Play

Image Via : collider.com

Tarikh Tayangan : 20 Jun 2019

Ramai yang memang dah familiar dengan watak Chucky dalam filem-filem Child’s Play sebelum ni. Tapi filem Child’s Play yang terbaru ni bukan filem sequel. Filem ni merupakan filem remake dan reboot. Jalan cerita yang baru dan lebih segar. Watak Chucky je yang dikekalkan dalam filem ni. Kalau nak baca artikel pasal Child’s Play dengan lebih mendalam, korang baca kat sini okeh.

KATALAKI: Kenapa takde orang pernah buat popcorn perisa rendang??

Last modified: 10 June 2019