Filem Yang Menjadi Punca Orang Ramai Takut Dengan Ikan Jerung

Sembang, ZAP, ZeKool

Sebelum tahun 1975, tak ramai yang takut dengan ikan jerung spesies Great White Shark yang mampu membesar sehingga 6 meter dan seberat 3 kilogram sehingga lah muncul sebuah filem yang diarahkan oleh Steven Spielberg bertajuk Jaws, diadaptasikan daripada sebuah novel hasil tulisan Peter Benchley menggunakan tajuk yang sama, menceritakan mengenai spesies ikan jerung yang menjadikan manusia sebagai makanan harian.

Filem Jaws yang ditayangkan pada tahun 1975, mengisahkan tentang peperangan antara manusia dan ikan jerung yang berlaku di sebuah pulau selepas kejadian seorang wanita yang tengah bermandi-manda diserang dan dibunuh oleh ikan jerung dan menyebabkan pulau tersebut hilang daya tarikan pengunjung. Selepas ditayangkan kepada umum di seluruh dunia, filem Jaws bukan je berjaya mencipta keuntungan yang melampau, tapi turut diangkat sebagai filem terbaik dan menjadi contoh untuk dunia perfileman Hollywood sehingga hari ni.

Selain daripada merekodkan keuntungan tertinggi dalam sejarah sehingga ditewaskan oleh filem Star Wars pada tahun 1977, filem Jaws juga pernah menang 3 anugerah di Academy Awards menerusi anugerah Best Film Editing, Best Original Dramatic Score, dan Best Sound, tapi Steven Spielberg gagal untuk melayakkan diri sebagai calon untuk anugerah Best Director.

Menerusi kejayaan filem Jaws, Steven Spielberg mula mencipta nama sebagai individu paling berpengaruh dalam dunia perfileman di Hollywood dan diberi kepercayaan yang tinggi untuk mengarahkan lebih banyak filem-filem pecah panggung yang mempunyai bajet besar antaranya E.T. the Extra-Terrestrial (1982), Indiana Jones and the Temple of Doom (1984), Jurassic Park (1993), Catch Me If You Can (2002) dan Ready Player One (2018). Setakat ni, Steven Spielberg dah pernah menang anugerah Best Director di Academy Awards sebanyak 2 kali menerusi filem Schindler’s List pada tahun 1994 dan Saving Private Ryan pada tahun 1999.

Walau bagaimanapun, kejayaan melampau yang dicipta oleh filem Jaws juga memberi impak yang besar kepada persepsi manusia terhadap ikan jerung sehingga ke hari ni. Menurut beberapa kajian, ikan jerung spesies Great White Shark yang kini merupakan spesies ikan yang terancam, bukan sejenis ikan yang hanya memburu manusia apabila melihat manusia di depan mata dan tak sekejam seperti yang digambarkan di dalam filem Jaws. Lebih banyak kematian yang berlaku disebabkan manusia digigit ular berbanding diserang ikan jerung yang pernah direkodkan setakat ni. Tapi, tak dinafikan ikan jerung spesies Great White Shark mencatatkan kes yang tinggi melibatkan serangan ikan jerung di laut.

KATALAKI: Ada tak antara korang yang takut mandi laut dengan alasan sebab takut kena serang dengan ikan jerung?

Last modified: 12 June 2020