Filem² Yang Sesuai Ditonton Bila Berkurung Seorang Diri

Sembang

Di saat korang baca artikel ni, Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order sudahpun dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020 di seluruh Malaysia. Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia bersatu untuk mematuhi semua arahan pihak berkuasa supaya dapat membantu negara kita mengurangkan penularan wabak COVID-19.

Kita merupakan generasi terpilih yang dapat melihat dan mengalami sejarah baru yang berlaku di Malaysia. Dalam keadaan tahap kesihatan negara yang masih terjejas, kita pun diminta untuk sentiasa berada di dalam rumah. Ada beberapa filem yang kami akan sarankan kepada korang untuk tengok, nikmati dan layan masa korang tengah berkurung.

BURRIED (2010)

Filem ni hanya dilakonkan oleh Ryan Reynolds sebagai seorang askar yang diserang sehingga tidak sedarkan diri, hanya tersedar bila dah berada di dalam keranda yang ditanam di dalam tanah.

Sebab tu la Ryan Reynolds sorang je yang berlakon dalam filem ni. Dari permulaan filem sampai habis, fokus kat Ryan Reynolds je. Kalau korang nak uji tahap kecemasan diri korang, boleh la try tengok filem ni.

CAST AWAY (2000)

Pelakon mana lagi yang sesuai untuk berlakon dalam filem yang melibatkan kapal terbang terhempas atau kapal kargo kena rampas kalau bukan Tom Hanks. Kalau ada yang baru pertama kali dengar pasal filem Cast Away, filem ni wajib korang tengok sementara tengah menyendiri kat dalam rumah sekarang ni.

Filem Cast Away menceritakan tentang seorang lelaki yang dilakonkan oleh Tom Hanks, sesat seorang diri di sebuah pulau selepas kapal terbangnya terhempas. Bayangkan la macam mana nak selamatkan diri sesat sorang-sorang kat pulau yang takde orang. Filem ni juga berjaya mengangkat Tom Hanks untuk menang anugerah Best Actor di Golden Globe Awards pada tahun 2001.

ALL IS LOST (2013)

Juga menampilkan seorang pelakon je, All Is Lost mengisahkan mengenai seorang lelaki yang dilakonkan oleh Robert Redford, sesat seorang diri di tengah-tengah laut selepas bot yang dipandunya melanggar kontena.

Robert Redford pernah berlakon dalam filem Captain America: The Winter Soldier sebagai Alexander Pierce.

127 HOURS (2010)

Rasanya ramai yang familiar dengan filem ni. Diadaptasikan daripada kisah benar yang berlaku kepada Aron Ralston yang tersekat di celah batu, seorang diri pada tahun 2003.

KATALAKI: Terus kekal duduk dalam rumah selagi Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi berkuatkuasa.

Last modified: 19 March 2020