Final Piala FA: Info Penting Untuk Penyokong Perak & Kedah

Aktif, Bola

Tahniah untuk pasukan Perak dan Kedah selepas berjaya layak ke perlawanan akhir Piala FA yang dijadualkan berlangsung pada 27 Julai 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Korang tengok tak perlawanan separuh akhir hari tu? Fuhh, banyak betul gol yang berjaya dijaringkan.

 

View this post on Instagram

 

🏟️ INFO PENGESAHAN VENUE DAN TARIKH BAGI PERLAWANAN AKHIR SHOPEE PIALA FA 2019 #ShopeePialaFA2019

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my) on

Perjalanan Perak Menuju Ke Final

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Perak The Bos Gaurus (@peraktbgmy) on

Pada 3 April 2019, Perak berjaya tewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1 untuk perlawanan pertama Piala FA 2019. Seterusnya, Perak mengalahkan Jerantut FA dengan jaringan 1-2. Di pusingan suku akhir, Perak bertemu dengan PKNP FC dan berjaya menang dengan gol agregat 2-1.

Dalam perlawanan separuh akhir bertemu Pahang, Perak berjaya buat comeback selepas ketinggalan 3-1 menerusi gol agregat dan bangkit dalam perlawanan kedua menewaskan Pahang 3-0 untuk menjadikan jumlah gol agregat 4-3.

Perjalanan Kedah Menuju Ke Final

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kedah FA (@kedah_fa) on

Perlawanan pertama pasukan Kedah dalam Piala FA 2019 menentang pasukan Selangor United dan Kedah berjaya menang 3-2 selepas masa tambahan. Pusingan seterusnya, Kedah bertemu dengan PJ City dan Kedah menang selesa 2-0.

Di suku akhir, Kedah berjaya tewaskan PKNS dengan jaringan 3-1. Dalam perlawanan separuh akhir, Kedah tewas kepada Felda United dengan jaringan 3-2 di pusingan kedua menjadikan gol agregat 3-3. Kedah berjaya masuk ke peringkat akhir selepas berjaya menang dengan Felda United menerusi kelebihan gol di tempat lawan.

Tiket Final Piala FA

Setakat hari ni, 7 Julai 2019, tiket perlawanan akhir Piala FA antara Perak dan Kedah belum lagi ada tarikh yang tepat bila tiket akan mula dijual. Tapi harga tiket dah confirmed. RM 50 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Kalau korang nak tahu info pasal penjualan tiket dengan cepat, boleh lah terus follow akaun Instagram dan Twitter Malaysian Football League (MFL).

KATALAKI: Kat Malaysia ni tiket final boleh jadi gaduh. Harap-harap proses penjualan tiket kat kaunter dan secara online berjalan dengan lancar lah kali ni. Jangan jadi macam Piala AFF hari tu lak.

Last modified: 4 July 2019