Flashpoint – Kisah Multiverse Batman Versi Thomas Wayne

Sembang, ZAP, ZeKool

Walaupun kita masih lagi menunggu filem terbaharu The Batman yang masih lagi dalam tempoh post-production, filem terbaharu superhero kelawar Gotham City tersebut dikatakan bakal dilancarkan pada sekitar bulan Oktober 2021 yang membintangi aktor jambu, Robert Pattinson yang memegang watak utama sebagai Batman.

Terdapat juga desas-desus yang mengempar sedikit sebanyak buat para peminat komik dan filem superhero, apabila terkeluarnya sebuah laporan tentang pelakon-pelakon yang bakal memegang watak Batman yang lain daripada yang lain dalam sebuah projek filem terbaharu yang berjudul Flashpoint.

Kalau korang nak tahu lebih info tentang filem The Batman, jangan risau. Kami dah pernah tulis sedikit dan sebanyak info yang korang wajib tahu tentang filem terbaharu Robert Pattinson yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Matt Reeves, korang boleh baca artikel penuh DISINI.

Okay itu sedikit info yang kami boleh rumuskan tentang filem The Batman versi Robert Pattinson. Tapi dalam artikel kali ini kami nak bagitau kat korang info-info terbaharu yang korang wajib tahu tentang filem terbaharu daripada multiverse dunia DC Extended Universe (DCEU) ini yang semakin berkembang. Apa yang kami kongsikan ini adalah info-info yang telah diperkatakan sejak beberapa hari ini. So jom baca!

DUNIA TERBALIK SALAH SI FLASH

Okay pertama kali semua peminat kena tahu dengan jelas sekali bahawa filem terbaharu ini bukanlah filem watak superhero Batman tetapi ianya adalah projek untuk filem solo pertama watak superhero The Flash yang berjudul Flashpoint.

Selepas kejayaan yang membuahkan hasil menerusi filem Aquaman dan Wonder Woman dan Shazam yang mengaut keuntungan yang tinggi di carta box office serta dengan populariti yang memberangsangkan buat siri TV The Flash, Warner Bros. dengan yakin meletakkan harapan yang tinggi buat filem solo pertama watak Barry Allen aka The Flash dimana pelakon watak Ezra Miller kembali memegang watak The Flash yang begitu sinonim dengan gelaran “The Scarlet Speedster”. Ezra Miller juga sebelum ini pernah muncul sebagai The Flash dalam kedua-kedua filem DCEU iaitu Batman V Superman: Dawn of Justice dan Justice League.

Untuk filem solo pertama The Flash ini, Warner Bros telah meletakkan pengarah tersohor yang dikenali dengan filem It dan It: Chapter 2 iaitu Andrés Muschietti memikul tanggungjawab sebagai pengarah untuk filem ini dimana jalan cerita untuk filem stand-alone The Flash ini akan berdasarkan daripada jalan cerita komik Flashpoint.

Flashpoint adalah salah satu siri jalan cerita komik yang tidak asing lagi buat para peminat DC Comics, ianya merupakan jalan cerita dengan alternate timeline yang menyaksikan Barry Ellen mengunakan kuasa kelajuannya untuk patah balik ke zaman silam untuk mengelakkan pembunuhan ibunya namun selepas Barry muncul kembali ke zaman sekarang, timeline sejarah terus berubah apabila Superman telah ditahan oleh kerajaan, Aquaman dan Wonder Woman berperang antara satu sama lain dan Bruce Wayne telah mati ditembak ketika zaman kanak-kanaknya yang menyebabkan ayahnya Thomas Wayne pula menjadi adiwira Dark Knight aka Batman. Disebabkan kematian Bruce Wayne, ibunya Martha Wayne terpaksa hidup dengan kesedihan serta kemurungan dan bertukar menjadi The Joker.

Fuhh kalau ikutkan storyline yang ringkas ni, nampak gayanya filem Flashpoint ni memang sangat-sangat menarik untuk dijadikan filem sebab kita boleh nampak banyak story yang menarik bakal berlaku yang lain daripada apa yang telah kita saksikan sebelum ini. Kiranya macam ada plot twist, namun kita masih belum pasti magis apa yang bakal dilakukan oleh pengarah Andrés Muschietti sebab beliau pernah mengatakan untuk projek ini peminat akan saksikan “different version of Flashpoint”. Jadi kemungkinan besar, tidak semua plot yang akan diambil untuk projek filem mega blockbuster ni yang dijadual bakal dikeluarkan pada 3 June tahun 2022.

FILEM ANIMASI FLASHPOINT 2011

Pada tahun 2011, DC Comics telah melakukan satu perubahan besar untuk keseluruhan line up komik-komiknya dalam sebuah siri terbaharu yang dikenali sebagai “The New 52” selepas menerima sambutan yang positif dengan penerbitan komik Flashpoint yang merupakan siri komik crossover The Flash dan himpunan watak-watak superhero DCEU dalam dunia yang berbeza.

Berdasarkan daripada komik Flashpoint ini, ianya juga telah diadaptasikan dalam sebuah filem animasi yang diterbitkan pada tahun 2013 berjudul Justice League: The Flashpoint Paradox. Plot dan jalan cerita Flashpoint ini juga telah diadaptasikan untuk musim ke-3 siri TV The Flash saluran The CW.

BATMAN “OTAI” KEMBALI

Image via: Thelaki.com.my

Desas desus mula timbul apabila sebuah laporan mengatakan pelakon Jeffrey Dean Morgan yang memegang watak sebagai Thomas Wayne dalam Batman v Superman: Dawn of Justice kemungkinan besar bakal kembali dengan watak tersebut dalam projek filem Flashpoint ini namun kenyataan daripada laporan tersebut disangkal oleh reporter Umberto Gonzalez daripada laman web The Wrap yang mengatakan informasi tersebut adalah “fake plant” untuk mengelirukan wartawan-wartawan bebas di Twitter.

Menurut sumber terkini daripada laman web The Wrap, selepas hampir 30 tahun, pelakon Michael Keaton yang pernah membintangi dan memegang watak Bruce Wayne/Batman dalam filem Batman pada tahun 1989 dan Batman Returns pada tahun 1992 kedua-dua filem arahan pengarah Tim Burton bakal kembali memegang watak sebagai Bruce Wayne/Batman yang lebih berusia untuk filem The Flash/Flashpoint.

Dengan berita tentang kemunculan Michael Keaton sebagai Bruce Wayne/Batman ini, ianya juga sedikit sebanyak menyangkal juga tentang desas-desus kemunculan watak Thomas Wayne aka Flashpoint Batman untuk filem Flashpoint nanti. Namun apa yang diketahui setakat ini, masih lagi belum jelas watak apa yang bakal dipegang oleh pelakon Michael Keaton sama ada sebagai Thomas Wayne ataupun Bruce Wayne.

Menurut laman web The Hollywood Reporter, Batman versi Michael Keaton untuk filem Flashpoint adalah ditugaskan sebagai seorang Mentor, lebih kurang seperti tugasan Nick Fury didalam siri filem Avengers. Kemungkinan besar juga Batman Michael Keaton adalah sebagai mentor untuk watak Batgirl, sebuah lagi projek filem yang sedang dalam pre production ditulis oleh Christina Hudson yang merupakan pengarah untuk filem Birds of Prey.

Sama ada Michael Keaton akan kembali sebagai Bruce Wayne atau Thomas Wayne, itu masih lagi tiada kepastian. Namun apa yang ramai peminat harapkan adalah untuk menyaksikan Flashpoint Batman menjadi kenyataan.

KATALAKI: DCEU ni makin lama makin berkembang multiverse diorang. Harap-harap tak peningkan peminat lah….

Last modified: 26 June 2020