Flight Paling Comel Di Dunia

Sembang

Korang pernah terfikir tak akan wujud kapal terbang paling comel kat dunia ni? Serius memang ada kapal terbang paling comel sekarang ni. Bukan main lagi jendul dia. Kapal terbang tersebut dipanggil Airbus Beluga XL.

Perkataan Beluga berasal daripada perkataan Rusia yang membawa maksud Beluga Whale atau ikan Paus Putih. Disebabkan reka bentuk kapal terbang ni seakan-akan seekor ikan Paus Putih, tu yang melekat terus nama Airbus Beluga XL.

Kali pertama Airbus Beluga XL ni terbang di udara pada tahun 2018 di Perancis. Kejap lagi kita tengok video penerbangan pertama Airbus Beluga XL ni. Sekarang kita layan gambar dulu bos.

Masa artikel ni ditulis, 3 Mac 2019, Airbus Beluga XL belum lagi boleh beroperasi secara rasmi dan masih lagi dalam proses percubaan terakhir. Korang dah tak sabar nak naik ke tu?

Sebenarnya, Airbus Beluga XL ni bukan untuk penerbangan komersial yang korang boleh naik untuk travel ke negara-negara luar. Airbus Beluga XL ni akan digunakan sebagai kapal terbang kargo, untuk bawa barang-barang yang besar gedabak travel, antaranya seperti kapal terbang yang besar juga boleh dibawa oleh Airbus Beluga XL ni.

Nah korang boleh layan video penerbangan pertama Airbus Beluga XL kat bawah ni.

KATALAKI: Sebelum ni dah ada Airbus Beluga, tapi yang baru ni lebih jimat minyak.

Last modified: 8 March 2019