Flip Phone Bakal Kembali!

Gadget, Tech

Baru-baru ini, pihak HMD Global telah memperkenalkan sebuah smartphone yang diberi nafas baru iaitu Nokia 2720 Flip. Bagi korang yang pernah melalui zaman-zaman flipphone, Nokia 2720 Flip ini sudah tentunya akan mengimbau kembali kenangan korang.

Nokia 2720 Flip diberikan nafas baru berdasarkan handphone yang mereka pernah keluarkan 10 tahun yang lalu iaitu Nokia 2720 Fold. Masa handphone ini dikeluarkan dulu, ia tidak mendapat perhatian orang ramai kerana pada masa itu boleh dikatakan semua orang telah mula memakai smartphone.

Dibahagian depan Nokia 2720 Flip ini terdapat screen bersaiz 1.3 inci yang mana membolehkan korang melihat siapa yang call korang dan juga notification yang lain. Di bahagian dalam pula terdapat screen bersaiz 2.8 inci QVGA colour display.

Screen bahagian dalam ini lebih besar sedikit berbanding dengan screen yang terdapat pada Nokia 3310 dan 8110 4G terbaru. Kalau korang tengok, korang juga akan dapat keypad traditional yang mana dibuat lebih besar bagi memudahkan korang menulis pesanan ringkas dan lain-lain.

Walaupun Nokia 2720 Flip ini merupakan remake daripada handphone lama, ia tetap mempunyai beberapa feature yang sesuai untuk digunakan pada zaman sekarang. Contohnya Nokia 2720 Flip ini mempunyai aplikasi Facebook dan juga WhatsApp. Satu lagi feature menarik adalah ia mempunyai Google Assistant bro!

Image Via: https://tirto.id

Nokia 2720 Flip ini dilengkapi dengan Qualcomm 205 Mobile Platform dan KaiOS sebagai Operating System. Ia turut dilengkapi dengan RAM sebesar 512GB dan Storage sebesar 4GB tapi korang masih boleh expand storage korang sehingga 32GB dengan menggunakan microSD card.

Kalau bercerita tentang Nokia, salah satu benda yang kita semua suka sudah tentulah ketahanan battery dia. Untuk Nokia 2720 Flip ini, ia mempunyai battery sebesar 1,500mAh yang mana dikatakan mampu bertahan sehingga 27 hari on standby.

Nokia 2720 Flip ini turut mempunyai camera belakang yang sebesar 2 Megapixel. Bergantung kepada region mana smartphone ini dijual, ia sama ada akan didatangkan dengan single SIM ataupun dual SIM. Kemungkinan besar kalau di Malaysia ia akan didatangkan dengan dual SIM. Satu lagi ia tetap akan didatangkan dengan 3.5mm headphone jack dan menggunakan microUSB untuk charging.

Smartphone ini akan didatangkan dengan dua warna iaitu warna hitam dan kelabu. Ia dikatakan akan mula dijual pada pertengahan bulan September ini dan akan dijual pada harga USD99 ataupun lebih kurang dalam RM400+. Satu smartphone yang menarik untuk dijadikan sebagai backup phone.

KATALAKI: Aku rasa macam nak beli je satu!

Last modified: 13 September 2019