Fly By Night – Movie Review, Kinda Spoilery, But Not Really

Sembang

Aku kena mengaku yang aku seorang peminat Bront Palarae, so bila aku dapat taw yang dia berlakon dalam cerita baru, aku jadi excited untuk pi tengok. Jarang dia berlakon dalam sesuatu yang tak best, jadi aku ada certain expectations untuk filem Fly By Night ni. Dan bila aku dapat taw yang dia punya masa dalam panggung akan berakhir hanya selepas seminggu berada di pawagam, lagi la aku terasa urgency untuk pi tengok movie ni (luckily, depa dah extend lagi seminggu, so kalau hampa pun minat Bront, aku sarankan pi lah tengok). Dalam artikel ni aku kongsi aku punya pendapat tentang filem tulisan Ivan Yeo dan arahan Zahir Omar ini.

Sinopsis

Filem crime thriller berbahasa Mandarin (mungkin dalam 20% Bahasa Melayu) menceritakan tentang satu geng pembawa teksi yang memeras ugut orang kaya secara rahsia untuk membuat side-income yang agak lumayan. Ketua kumpulan ini ialah Tailo (dilakonkan oleh Sunny Pang), seorang yang bijak, tenang, dan berjaga-jaga, bertentangan dengan adiknya Sailo (dilakonkan oleh Fabian Loo) yang merupakan seorang yang panas baran serta tak suka berfikir panjang. Bront Palarae melakonkan watak Inspektor Kamal, anggota polis yang ditugaskan untuk menangkap kumpulan Tailo ini.

Image via: IMDB.com

Cerita bermula apabila kumpulan Tailo berjaya memeras ugut seorang Dato’ muda (yang dilakonkan oleh Iedil Putra). Dato’ tersebut membuat laporan polis lalu Inspektor Kamal (yang mampu membuat sesiapa pun gerun walau dengan senyuman) mula menyiasat kes tersebut. Sailo mula tidak berpuas hati dengan operasi peras ugut yang dijalankan Tailo. Dia merasakan wang dan peranan dia dalam kumpulan Tailo terlalu kecil dan mahukan peluang untuk menunjukkan kebolehannya yang sebenar untuk menjadi mastermind, jadi dia bersama rakan karibnya Gwailo (dilakonkan oleh Jack Tan) menjalankan operasi mereka sendiri, menyasarkan seorang wanita yang hidup berseorangan bernama Reanne (dilakonkan oleh Joyce Harne).

Image via: IMDB.com

Walau bagaimanapun, Reanne berjaya game mereka berdua balik dan menggunakan mereka untuk balas dendam terhadap bekas kekasihnya yang merupakan suami kepada pemilik syarikat berlian terkenal.  Dan walaupun mereka masih lagi belum settle masalah di depan mata, mereka mengundang lebih banyak masalah bila Sailo dan Gwailo mengundang kemarahan tauke pusat judi bernama Jared (dilakonkan oleh Frederick Lee).

Image via: IMDB.com

Seterusnya kita mengikuti Tailo mencari jalan untuk keluar daripada lubang-lubang yang telah dikorek oleh adiknya untuk melindungi keluarganya daripada polis dan kumpulan kongsi gelap.

Positif

Kekuatan Fly By Night yang paling besar ialah watak-wataknya. Saya rasa setiap watak dalam filem ni hidup dan menarik, serta mampu membuat saya percaya yang setiap satu ada kemungkinan untuk wujud di dalam Malaysia yang sebenar. Semua kecuali watak yang dibawa Frederick Lee, iaitu Jared. Saya belum pernah tengok orang sebenar seperti itu di Malaysia, tapi oleh kerana dia membawa wataknya dengan begitu meyakinkan sekali, saya jadi takut balik dengan dia dan dengan kemungkinan wujudnya orang sebenar seperti itu di dunia nyata.

Image via: IMDB.com

Tailo tampak seperti father figure yang baik, mungkin bukan daripada segi apa yang dia pilih untuk buat demi duit, tapi daripada segi ketenangannya dan kebijaksanaannya. Persembahan Sunny Pang cukup baik dan ketika-ketika dimana dia menunjukkan emosi membenarkan kita untuk tahu apa yang dia betul-betul hargai, iaitu keluarga dan keselamatan. Persembahan Bront Palarae juga cemerlang seperti yang dijangka. Cara dia membawa watak Inspektor Kamal mengingatkan saya kepada sebuah peribahasa: air tenang jangan disangka tiada buaya. Tapi Bront berjaya membuat kita tahu yang buaya itu wujud di dalam badan air yang tenang itu, dan untuk kejayaan itu saya memuji beliau. Showdown antara Tailo dan Inspektor Kamal membuat kita tertanya-tanya siapa yang akan memenangi pertempuran ini, kerana tiada jawapan yang ketara sepanjang filem.

Image via: IMDB.com

Filem ni berdiri di luar (stand out) dalam kalangan filem-filem Malaysia kerana genrenya yang jarang dibuat oleh pembikin-pembikin filem di Malaysia. Bukan sahaja ia cuba untuk buat sesuatu yang lain daripada yang lain, ia juga berjaya menjadi sebuah filem crime thriller yang secukup rasa. Saya rasa dunia filem ini cukup gelap, dengan watak-watak yang atas di tiada baik (up to no good), set piece yang dibina dengan baik, plot twists yang berkesan untuk memberi kejutan kepada saya sebagai penonton, bersama pengakhiran filem yang misteri untuk bagi lebih berhantu. Paling tidak pun, saya dapat lihat bagaimana rupa sebuah crime thriller baik yang berlangsung di Malaysia.

Negatif

Pada pendapat saya, bahagian-bahagian pendedahan dalam filem ini dilakukan secara sedikit kekok. Bagi saya, barisan-barisan dialog yang dipercakap untuk memberitahu kita tentang perwatakan watak-watak ini seperti terlalu straight-forward, seolah-olah mereka membaca daripada senarai penghuraian watak (character description sheet). Bukan untuk semua watak, tapi contohnya untuk memperkenalkan kita kepada Sailo dan Gwailo, dimana Ah Soon (dilakonkan oleh Eric Chen)  berkata sesuatu seperti “seorang panas baran, seorang lagi tak cerdik”, sebelum kita berjumpa mereka. Beberapa minit selepas itu filem ini menunjukkan perwatakan-perwatakan ini dimain oleh Sailo dan Gwailo, jadi saya rasa seperti untuk memberitahu audiens tentang perkara itu adalah sesuatu yang tak perlu, sebaliknya saya akan lebih suka jika mereka membenarkan saya untuk dapat konklusi itu tanpa pertolongan dialog.

Image via: IMDB.com

Sebaliknya cara filem ini memperkenalkan kita kepada Jared begitu berbeza dan dilakukan (pada saya) dengan cara yang baik. Kita dapat lihat dia orang yang jenis macam mana, sangat kejam disebalik gelak tawa dan senyumannya, dan sangat mementingkan wang. Jadi saya rasa bukan pembikin filem ini tidak mampu buat aspek ini dengan baik, Cuma mungkin perlu didraft satu atau dua kali lagi untuk memperkemaskan lagi aspek-aspek sebegini.

Image via: IMDB.com

Satu lagi adegan yang saya dapati tak mencapai apa yang saya harap ialah bila anggota polis datang di tengah-tengah penyerahan wang hutang Tailo kepada Jared. Dua orang anggota polis yang datang ke tempat kejadian itu terasa begitu janggal dan kekok sekali berada disitu, dan kenapa mereka telahpun membawa senapang mereka ke tempat kejadian, padahal mereka hanya terserempak dengan perjumpaan itu pun tidak dihuraikan dengan baik. Mungkin mereka hanya meronda kawasan dan coincidentally nampak aktiviti mencurigakan disitu, tapi ia nampak seperti kebetulan yang terlalu besar. Tambahan pula, pelakon tambahan yang diambil untuk memainkan watak dua orang anggota polis itu sangatlah tidak sesuai di dalam adegan itu. Bagi saya, raut wajah mereka macam innocent sangat ja, membuat saya susah nak suspend my disbelief.

Kesimpulan

Saya suka filem ni, dan saya harap lebih banyak orang pergi untuk tonton Fly By Night. Ia adalah sesuatu yang jarang kita dapat lihat di layar perak di Malaysia, dan untuk bahagian majority filem ini, ia dilaksanakan dengan baik. Watak-watak dalam filem ni hidup dan penuh dengan warna (walaupun warna-warna itu agak gelap). Peminat-peminat Bront Palarae seperti saya akan menyukai persembahan beliau, serta akan impressed dengan semua pelakon lain punya persembahan juga. Ia masih lagi ditayangkan di dalam beberapa panggung di Malaysia sehingga 23 April, jadi ajaklah kawan-kawan hampa untuk pergi tengok ramai-ramai.

Skor: B+
KATALAKI: Sekali sekala layan filem macam ni pun okay what?

Last modified: 19 April 2019