“Flyman” Tak Berjaya Terbang Dari Perancis Ke England Sebab Minyak Habis

Sembang

Jangan terkejut kalau tak lama lagi kecanggihan teknologi yang ditunjukkan kat dalam filem Iron Man akan wujud di dunia realiti.

Pada 25 Julai 2019, pencipta Flyboard Air yang berasal dari Perancis, Franky Zapata cuba untuk terbang menyeberangi lautan sempadan Perancis dan England menggunakan Flyboard Air ciptaannya. Perjalanan di udara tersebut mengambil masa 20 minit.

Malang sekali, Franky Zapata terjatuh ke dalam laut semasa cuba mengisi minyak untuk meneruskan perjalanan ke England.

Franky Zapata yang berumur 41 tahun pada tahun 2019 ni, juga merupakan pencipta Flyboard yang sekarang ni semakin ramai gunakan sebagai salah satu aktiviti sukan air di seluruh dunia. Ini Flyboard yang dicipta oleh Franky Zapata pada tahun 2012.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Franky Zapata 🇫🇷 (@frankyzapata) on

Pada tahun 2016, Franky Zapata berjaya mencipta Guinness World RecordFarthest Hoverboard Flight dengan jarak 2,252 meter mengalahkan pemegang rekod sebelum ni, Catalin Alexandru yang berjaya mencatat jarak sejauh 275.9 meter.

Selepas gagal dalam percubaan pertama untuk terbang dari Perancis ke England, Franky Zapata sekali lagi cuba untuk melakukan aksi yang sama dengan jayanya pada 4 Ogos 2019.

Kali ni, bot yang membawa minyak untuk diisi semasa pertengahan perjalanan ke England lebih besar dan kawasan mendarat untuk mengisi minyak lebih luas. Perjalanan Franky Zapata di udara dari Perancis ke England mengambil masa selama 22 minit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Franky Zapata 🇫🇷 (@frankyzapata) on

KATALAKI: Video penuh percubaan kedua yang berjaya ni korang boleh tengok kat Instagram Franky Zapata. Selepas berjaya dengan Flyboard Air, Franky Zapata sekarang ni tengah dalam proses nak buat kereta terbang lak.

Last modified: 13 August 2019