Followers Berjuta, Yang Mana Satu Anak Eminem?

Sembang

Dalam dunia digital sekarang ni sesuai rasanya kalau kami tanya, korang dah jumpa ke Instagram anak rapper terkenal, Eminem? Sabar jap. Jangan pergi Google dulu. Sikit-sikit kita rungkai yang mana satu Instagram rasmi anak Eminem. Sorry Eminem.

Bro Eminem lahir pada 17 Oktober 1972 di Missouri, Amerika Syarikat. Maknanya tahun 2019 ni, Eminem berusia 47 tahun. Kot-kot la kalau korang dah lupa, Eminem pernah popular dengan lagu “Stan”, “My Name Is”, “The Real Slim Shady”, “Cleanin’ Out My Closet”, dan banyak lagi lah. Yang pastinya, Eminem memang popular dengan lagu-lagu berunsur Diss Track. Diss Track tu apa? Pi la Google jap.

Eminem juga pernah berlakon dalam filem 8 Mile, filem yang serba sedikit ada pasal kisah hidup Eminem sendiri. Lagu tema yang dicipta oleh Eminem untuk filem 8 Mile ni, “Lose Yourself”, berjaya menang anugerah Best Original Song dalam Academy Award pada tahun 2003.

Berbalik kepada cerita pasal anak Eminem tadi, Eminem pun pernah gak buat lagu yang memang dituju untuk anak perempuan Eminem sendiri, Hailie Scoot Mathers. Hailie berumur 23 tahun, sebenarnya dah pun aktif di Instagram sejak tahun 2016. Tapi sekali pun tak pernah lagi post gambar Eminem. Mungkin sebab tu orang tak perasan Hailie ni sebenarnya anak Eminem. Perasan tak perasan pun dah berjuta gak la followers dia. Korang tunggu apa lagi tu. Sila la follow kat bawah ni ha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hailie Scott (@hailiescott1) on

KATALAKI: The way you move it, da doing doing doing…

Last modified: 23 April 2019