Followers Dah 200 Juta, Ini Legend Yang CR7 Follow

Aktif, Bola

Masih lagi mengekalkan manusia yang mempunyai paling banyak followers di Instagram, penyerang Juventus yang bakal berusia 35 tahun pada Februari nanti, Cristiano Ronaldo mencatat rekod baru selepas berjaya mengumpul followers di Instagram sebanyak 200 juta. Semua rekod lah Cristiano Ronaldo nak pegang.

 

View this post on Instagram

 

Wow 200 million!!! Thank you to each and every one of you for sharing this journey with me every day!!👏🏽❤️

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Kalau kat dalam padang, Cristiano Ronaldo masih lagi memegang rekod penjaring terbanyak dalam kejohanan UEFA Champions League, FIFA Club World Cup dan pemain bola sepak Eropah yang pernah menang Ballon d’Or paling banyak, 5 kali dah setakat ni.

Bila kami dapat tahu pasal Cristiano Ronaldo yang dah berjaya mengumpul followers sebanyak 200 juta, kami nak tahu gak siapa je legenda bola sepak yang Cristiano Ronaldo follow kat Instagram. Sebelum tu, tahniah gak kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berjaya jadi rakyat Malaysia yang pertama mencecah followers sebanyak 7 juta. Sekarang ni duit tak penting, followers lagi penting. Mari kita tengok siapa legenda bola sepak yang Cristiano Ronaldo follow kat Instagram.

Alessandro Del Piero

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alessandro Del Piero (@alessandrodelpiero) on

Alessandro Del Piero pernah beraksi bersama Juventus pada tahun 1993 sehingga tahun 2012 dan berjaya menang lebih daripada 15 piala bersama Juventus, termasuk piala UEFA Champions League pada tahun 1996.

Selepas Cristiano Ronaldo berpindah ke Juventus pada tahun 2018, harapan Alessandro Del Piero nampaknya tinggi menggunung untuk Juventus menjulang piala UEFA Champions League akan datang. Korang rasa mampu ke Cristiano Ronaldo hadiahkan piala UEFA Champions League kepada Juventus sebelum Cristiano Ronaldo semakin berusia dan bersara nanti?

Raúl González

 

View this post on Instagram

 

El Clásico!! Hala Madrid y Nada Más⚪️

A post shared by Raúl González (@raulgonzalez) on

Cristiano Ronaldo merupakan satu-satunya pemain yang berjaya tewaskan rekod Raúl González sebagai pemain Real Madrid paling banyak menjaringkan gol dalam kejohanan UEFA Champions League.

Pada tahun 2010, Cristiano Ronaldo merupakan orang pertama yang memakai jersi nombor 7 di Real Madrid selepas Raúl González bersara daripada bola sepak ketika berumur 33 tahun. Raúl González menggunakan jersi nombor 7 selama 16 tahun sejak tahun 1994.

Roberto Carlos

 

View this post on Instagram

 

@Fifa @therealsalgado #mijatovic #hierro #mourinho @ikercasillas @kaka #fifacongress

A post shared by Roberto Carlos 罗伯特卡洛斯 (@oficialrc3) on

Masa Cristiano Ronaldo tiba di Real Madrid pada tahun 2009, Roberto Carlos dah pun berpindah ke Fenerbahçe dari Real Madrid pada tahun 2007. Dorang tak sempat nak beraksi bersama dalam satu pasukan yang sama. Tapi, Roberto Carlos antara salah seorang legenda bola sepak yang rajin mengangkat nama Cristiano Ronaldo sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia.

Fabio Cannavaro

 

View this post on Instagram

 

Fuerza Iker!!! 💪🏻💪🏻💪🏻 Un abrazo!!! #iker #ikercasillas

A post shared by Fabio Cannavaro (@fabiocannavaroofficial) on

Fabio Cannavaro dan Cristiano Ronaldo pernah beraksi untuk 2 pasukan yang sama iaitu Juventus dan Real Madrid tapi bukan dalam waktu yang sama. Fabio Cannavaro merupakan salah seorang daripada 7 orang pemain Real Madrid yang pernah menang anugerah Ballon d’Or. Fabio Cannavaro juga merupakan pemain pertahanan terakhir yang pernah merasa menang anugerah Ballon d’or pada tahun 2006.

Michael Ballack

Jangkaan Michael Ballack pada tahun 2017 ternyata salah apabila menjangkakan Cristiano Ronaldo takkan keluar daripada Real Madrid untuk beraksi dengan pasukan lain. Michael Ballack dan Cristiano Ronaldo pernah berentap di Premier League pada tahun 2006 sehingga tahun 2009 ketika masing-masing bermain untuk pasukan Chelsea dan Manchester United.

KATALAKI: Banyak lagi legend yang Cristiano Ronaldo ada follow. Korang boleh pergi usha sendiri okeh.

Last modified: 30 January 2020