Football Republic Ada Sangkar Bola Sepak!

Sembang

Hari ni, 28 November 2018, kami Thelaki singgah jap kat Football Republic, flagship store terbaru kat Sunway Pyramid. Untuk korang yang plan nak pergi nanti, Football Republic ni bukan dekat dalam mall Sunway Pyramid okeh. Kang sesat pastu baran dah takde mood lak nak shopping. Korang tuju je kat patung singa yang besar gedabak kat Sunway Pyramid tu, nanti korang akan nampak tersergam indah Football Republic.

Football Republic yang dekat Sunway Pyramid ni sebenarnya store yang ke-3 dibuka kat Malaysia. Dua lagi ada kat Suria KLCC dan Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah.

So, apa yang menariknya Football Republic ni? Untuk korang yang gila bola, setiap minggu kalau tak beli barang bola memang tak sah, ni la tempat untuk korang usha kot-kot ada yang berkenan.

Besar gak Football Republic yang dekat Sunway Pyramid ni, siap ada Highlight Area, After Game Area, Customization Area dan E-games Area pun ada! Apa benda semua area ni? Nah tengok kat bawah.

Highlight Area

Tempat yang disediakan oleh Football Republic untuk korang usha barang bola terbaru dan eksklusif termasuk lah bola, but bola, jersi dan macam-macam lagi ada.

After Game Area

Barang-barang yang dipakai oleh pemain bola lepas habis game ada kat area ni. Contoh macam sneakers, t-shirt, bag dan ada banyak lagi. Kena datang tengok.

Customization Area

Tempat yang jarang boleh jumpa dekat flagship store lain. Korang boleh buat nombor atau nama untuk jersi yang korang beli. Nak nombor menyenget ke terbalik ke suka hati korang. Boleh buat kat sini. Nak customize boot pun boleh!

E-Sports Area

Dah penat, dah habis duit shopping, boleh lepak jap kat E-Sports Area ni untuk korang layan FIFA 19. Football Republic ada buat FIFA 19 League setiap bulan, so korang boleh datang tunjukkan bakat korang main FIFA 19 kat sini okeh. Kalau kalah jangan nangis. Tu je.

Kat Football Republic ni juga ada jual jersi kelab-kelab ternama dunia. Sebelum ni kalau korang pening nak cari kat mana jersi replica favourite  korang, nil ah tempatnya. Bersusun. Paling penting, jersi Harimau Malaya pun ada!

Satu benda yang rare dekat Football Republic ni, ada gak sangkar untuk korang main bola. Serius sangkar. Boleh la korang nak tunjuk juggling skill dalam tu ke atau nak ootd dengan chinggey. Nice!

KATALAKI: Kalau guna waze senang, terus sampai depan Football Republic

Last modified: 14 December 2018