Ford Dan Ferrari Bertarung Dalam Movie

Sembang

Bila kita dengar je pasal Ford dan Ferrari, confirmed dah terbayang betapa hebatnya dua jenama kereta ni. Kali ni dua jenama kereta ni digabungkan lak dalam satu filem lakonan Christian Bale dan Matt Damon. Pehhh tegak jap bulu roma.

Image Via : awardscircuit.com

Filem yang dijangka akan ditayangkan pada November 2019 nanti ni mengisahkan pasal kisah benar persaingan hebat Ford dan Ferrari dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada tahun 1966. Masa ni kali pertama Ford berjaya kalahkan dominasi Ferrari dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans.

Image Via : silodrome.com

Untuk info, jenama kereta Ford berasal dari Amerika Syarikat dan Ferrari berasal dari Itali. Ada drama yang terjadi antara Ford dan Ferrari yang menyebabkan Ford berkobar-kobar nak buktikan yang Ferrari boleh dikalahkan dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans. Dalam filem ni nanti kita semua akan tahu drama apa yang terjadi dan apa yang Ford buat untuk kalahkan Ferrari.

Image Via : autonews.com

Buat masa ni, Christian Bale dan Matt Damon dah confirmed akan pegang watak utama dalam filem ni nanti. Matt Damon akan berlakon sebagai Carrol Shelby yang bekerja dengan Ford dan Christian Bale sebagai Ken Miles, pemandu untuk kereta lumba Ford.

Image Via : filmgoblin.com

Masa kat CinemaCon, yang berlangsung pada 1 April sehingga 4 April 2019, Disney ada tunjuk trailer filem Ford v Ferrari. Malang sekali trailer tu untuk tontonan pengunjung yang datang kat CinemaCon je. Trailer filem Ford v Ferrari belum lagi ditayangkan untuk tontonan umum. Tapi kami akan kongsikan feedback pengunjung yang dah dapat tengok trailer filem ni kat CinemaCon. Korang boleh baca kat bawah ni.

KATALAKI: Kalau sebelum ni korang pernah tengok filem Rush lakonan Chris Hemsworth, layan gak filem ni. Filem kisah benar pasal permusuhan pelumba kereta, James Hunt dan Niki Lauda.

Last modified: 20 April 2019