Forrest Gump Versi Bollywood Lakonan Aamir Khan

Sembang

Rasanya bukan benda pelik bila Bollywood tiru apa yang Hollywood buat. Baru-baru ni, menurut The Hollywood Reporter, filem Forrest Gump versi Bollywood sekarang ni tengah dalam pembikinan dan akan menampilkan Aamir Khan sebagai pelakon utama.

Sumber : www.hollywoodreporter.com

Filem Forrest Gump versi Bollywood ni nanti akan diberi tajuk Lal Singh Chadha dan dijangka akan ditayangkan pada tahun 2020.

Sumber : www.timesnownews.com

Sebenarnya sebelum ni pun, dah banyak dah filem Bollywood yang dihasilkan berdasarkan filem Hollywood. Ada yang tiru bulat-bulat, ada gak yang tiru storyline je. Jom kita tengok balik filem Hollywood mana yang pernah ditiru oleh filem-filem Bollywood. Kot-kot korang dah pernah tengok tapi tak perasan.

MOHABBATEIN

Filem Asal : Dead Poet’s Society

Kalau dalam filem Dead Poet’s Society lakonan Robbin Williams, mengisahkan seorang cikgu Bahasa Inggeris yang menggunakan teknik pembelajaran yang lain daripada cikgu-cikgu yang lain, mendidik pelajarnya untuk mengamalkan prinsip hidup “make your lives extraordinary“.

Berbeza sikit dengan filem Mohabbatein, lakonan Shah Rukh Khan sebagai seorang cikgu muzik, yang gunakan cara tersendiri untuk mendidik pelajarnya macam mana nak tawan hati seorang wanita. Filem ni juga kali pertama Shah Rukh Khan digandingkan dengan Amitabbh Bachchan.

Filem Dead Poet’s Society ditayangkan pada tahun 1989 dan filem Mohabbatein ditayangkan pada tahun 2000.

KOI MIL GAYA

Filem Asal : E.T. the Extra-Terrestrial

Filem Koi Mil Gaya yang dilakonkan oleh Hirthik Roshan, seorang budak lelaki makhluk asing yang sesat kat bumi. Jalan cerita yang sama gak dalam filem E.T. The Extra-Terrestrial yang ditayangkan pada tahun 1982. Koi Mil Gaya ditayangkan pada tahun 2003.

KRRISH

Filem Asal : Paycheck

Filem Krrish ialah filem sequel untuk filem Koi Mil Gaya. Tapi untuk filem Krrish, jalan cerita sama macam filem Paycheck lakonan Ben Affleck yang ditayangkan pada tahun 2003. Filem Krrish ditayangkan pada tahun 2006.

KATALAKI: Walaupun banyak tiru filem Hollywood, tapi filem Bollywood ada signature tersendiri iaitu ada scene tarian, nyanyian dan boleh buat bro mengalirkan air mata.

Last modified: 20 March 2019