Fornite Kena Saman Berjemaah

Game, Tech

Bagi yang baru tak tahu sape Epic Games ni, Epic Games merupakan game developer yang mengeluarkan permainan video yang tengah femes sekarang ni iaitu Fortnite. Dengar cerita ramai orang nak saman Fortnite sekarang tapi sebab apa?

via GIPHY

Ini semua disebabkan Emote Dance yang dorang masukkan dalam permainan video Fortnite! Sebab beberapa Emote Dance yang terdapat dalam permainan video ini adalah hak milik individu dan orang yang mula-mula memperkenalkan tarian ini in real life!

Setakat ini terdapat 3 orang individu yang cuba menyaman pihak Epic Games kerana menggunakan tarian mereka didalam permainan video Fortnite tanpa meminta izin kepada mereka ataupun membayar sebarang royalty.

MILLY ROCK DANCE

2 Milly merupakan seorang rappers dan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan tarian Milly Rock Dance.

via GIPHY

Epic Games telah menggunakan tarian ini didalam permainan video Fortnite dan menukar namanya menjadi Swipe It dan ini telah membuatkan 2 Milly atau nama sebenarnya Terrence Ferguson merasa tidak puas hati kerana pihak Epic Games tidak pernah menghubunginya untuk menggunakankan tarian Milly Rock Dance didalam permainan Fornite.

CARLTON DANCE

Pernah dengar pasal siri The Fresh Prince of Bel-Air? Kalau korang tak pernah dengar maknanya korang muda lagi lah tu. Siri The Fresh Prince of Bel-Air merupakan sebuah siri tv yang popular pada tahun 1990 yang menampilkan Will Smith sebagai watak utama.

via GIPHY

Didalam siri ini terdapat seorang lagi watak yang femes iaitu Carlton Banks yang dilakonkan oleh Alfonso Ribeiro. Calton Banks ni memang femes dengan tarian Carlton Dance yang selalu dia buat dalam siri ini.

via GIPHY

Pihak Epic Games dikatakan telah meniru tarian ini dan menukar namanya menjadi Fresh didalam Dance Emote Fortnite. Bukan saja tarian dia saja nampak sama tapi disebabkan emote itu sendiri pun nama dia Fresh so peminat dah terus boleh nampak yang emote ini sama dengan Carlton Dance!

FLOSSING DANCE

Russell Horning ataupun lebih dikenali dengan nama Backpack Kid, adalah orang yang terbaru cuba menyaman pihak Epic Games sebab menggunakan tariannya didalam permainan Fortnite tanpa izinnya.

via GIPHY

Bagi yang pelik dan tertanya-tanya siapa pulak budak ni, Backpack Kid ni mula femes bila satu video tariannya yang dipanggil Flossing mula viral di media social sampaikan Katy Perry sendiri telah memanggilnya untuk perform semasa Season Finale Saturday Night Live.

via GIPHY

Flossing Dance telah diambil dan dimasukan didalam Fortnite sebagai Dance Emote tapi pihak Epic Games telah menukar namanya menjadi The Floss. Aduh pelik aku dengan Epic Games ni. Dahlah ambik tanpa izin lepas tu guna nama yang hampir-hampir sama pulak tu!

via GIPHY

Sekarang ni semua saman masih dalam process. Sama ada pihak Epic Games akan menang ataupun kalah dalam kes saman ni kenalah kita tunggu. Tak tahulah kot-kot ada lagi orang yang akan saman lagi Emote Dance yang ada dalam games Fortnite ni.

Yang pasti aku harap pihak Epic Games takkan ambik tarian yang femes dekat Malaysia ni. Tarian bawah ni adalah harta warga Malaysia. Kalau dorang ambik kita SAMAN!

via GIPHY

KATALAKI: Epic Games kena baca buku Plagiat 101 lah!

Last modified: 20 December 2018