FPL: Cara Untuk Korang Join Liga Fantasi Thelaki

Game

Tahun 2019 ni, buat pertama kalinya kami daripada Thelaki akan mewujudkan liga Fantasy Premier League untuk korang yang bijak menyusun dan mengatur pemain-pemain dalam Fantasy Premier League. Mungkin ada yang belum lagi faham macam mana nak main Fantasy Premier League, dalam artikel ni kami akan terangkan satu per satu.

Fantasy Premier League ialah permainan yang memerlukan korang untuk menyusun pemain-pemain bola yang terlibat dalam Premier League berdasarkan prestasi sebenar pemain tersebut di dalam padang. Mata akan dikira mengikut perlawanan Premier League yang berlangsung setiap minggu atau juga dikenali sebagai gameweek. Mata yang diperolehi oleh setiap pemain bola Premier League bergantung kepada prestasi dan statistik pemain tersebut di dalam perlawanan bola sepak di dunia yang sebenar.

Tempoh permainan Fantasy Premier League ialah sepanjang musim Premier League, untuk musim 2019/20, Premier League akan bermula pada 10 Ogos 2019 dan akan tamat pada 17 Mei 2020. Selama tu lah Fantasy Premier League akan terus berlangsung, berdasarkan jadual perlawanan Premier League.

Sebagai permulaan, korang kena setup team korang kat fantasy.premierleague.com. Kalau nak guna aplikasi kat smartphone pun boleh, download je secara percuma.

Image Via : Thelaki.com.my

Pemilihan Pemain

Setiap pasukan akan mempunyai 15 pemain termasuk lah 2 orang penjaga gol, 5 orang pemain pertahanan, 5 orang pemain tengah dan 3 orang pemain penyerang. Korang akan diberi budget bernilai £100 juta untuk membeli pemain yang korang nak susun di dalam pasukan korang. Tapi kena ingat, korang tak boleh beli lebih daripada 3 orang pemain daripada pasukan yang sama.

Daripada 15 orang pemain yang ada dalam pasukan korang tu, hanya 11 orang pemain je yang korang boleh susun dalam kesebelasan utama pasukan korang. 11 orang pemain utama ni lah yang akan menyumbangkan mata untuk pasukan korang dalam setiap gameweek. Kalau ada di antara 11 orang pemain utama tersebut tak diturunkan dalam perlawanan Premier League, pemain tersebut akan digantikan dengan pemain gantian yang korang dah susun dalam pasukan korang.

Captain & Vice-Captain

Jangan lupa gak untuk pilih captain dan vice-captain yang berwibawa dalam pasukan korang. Berwibawa tu maksudnya pemain yang korang pilih sebagai captain tu boleh bagi korang mata yang banyak dalam setiap gameweek. Sebab mata yang diperolehi oleh captain akan digandakan. Kalau captain korang tu tak diturunkan dalam perlawanan Premier League, mata yang diperolehi oleh vice-captain akan digandakan.

Transfer

Selepas bermula gameweek yang pertama, korang akan diberikan 1 free transfer untuk membolehkan korang beli dan jual pemain yang ada dalam pasukan korang setiap minggu. Kalau korang buat lebih daripada 1 transfer, mata keseluruhan atau total points korang akan ditolak sebanyak 4 mata. Maknanya kalau korang transfer 3 orang pemain dalam gameweek tersebut, 8 mata akan ditolak.

Kalau dalam gameweek tersebut korang tak buat sebarang transfer, gameweek yang seterusnya korang akan dapat 2 free transfer. Kalau gameweek seterusnya tu korang masih lagi tak buat sebarang transfer, free transfer yang korang dapat tetap 2. Setiap pemain Fantasy Premier League takkan dapat lebih daripada 2 free transfer.

Peringatan untuk korang, pastikan korang semak bila deadline setiap gameweek untuk korang kemas kini pasukan dan buat sebarang transfer. Kalau terlepas deadline memang rugi dan boleh memberi impak kepada mata yang korang dapat dalam gameweek tersebut. Bawah ni deadline untuk gameweek yang pertama.

Chips

Dalam Fantasy Premier League juga ada disediakan chips. Chips ni bertujuan untuk membantu korang mengumpul mata yang lebih banyak daripada pemain Fantasy Premier League yang lain bergantung kepada cara dan bila korang nak gunakan. Ini chips yang disediakan dalam Fantasy Premier League. Baca-baca betul.

Mata 

Setiap pemain bola sepak yang bermain dalam Premier League akan menerima mata bergantung kepada prestasi pemain tersebut di atas padang. Ini antara jenis mata yang dikira untuk setiap pemain bola sepak Premier League dalam Fantasy Premier League.

Liga Fantasi Thelaki

Kalau korang dah bersedia dengan pasukan masing-masing untuk bertarung dalam Liga Fantasi Thelaki, ini kod yang korang kena guna untuk masuk dalam Liga Fantasi Thelaki.

Kod Liga Fantasi Thelaki : 94q3pp

Setiap bulan, kami akan memilih pasukan yang berjaya mengumpul mata paling banyak dalam bulan tersebut untuk menerima hadiah bulanan Liga Fantasi Thelaki. Untuk bulan Ogos 2019, hadiahnya ialah bola rasmi Premier League, Nike Merlin untuk seorang pemenang.

Image Via : nike.com

Kami akan kemas kini hadiah bulanan yang ditawarkan kat akaun media sosial Thelaki. Jadi, make sure korang rajin update team dan rajin gak usha akaun media sosial kami untuk tahu siapa yang menang setiap bulan dan hadiah apa yang kami akan bagi setiap bulan.

Image Via : instagram.com

Sebelum korang join Liga Fantasi Thelaki, pastikan korang baca dulu betul-betul terma dan syarat yang kami sediakan kat bawah ni okeh. All the best!

Liga Fantasi Thelaki akan bermula pada 10 Ogos 2019 sehingga 17 Mei 2020. Kami akan umumkan pemenang bulanan pada setiap bulan di Instagram story THELAKI.

TERMA & SYARAT
1. Pemenang bulanan ditentukan berdasarkan pasukan di dalam Liga Fantasi Thelaki yang mempunyai jumlah mata paling banyak setiap bulan.

2. Jika individu/peserta berjaya menang pada bulan tertentu, individu/peserta tersebut akan dikuarantin dalam tempoh tertentu (Terma & Syarat) daripada menang untuk bulan seterusnya. Contoh, jika peserta A berjaya menang bulan Ogos, pada bulan September, peserta A juga berjaya kumpul mata paling banyak dan menang, maka pemenang untuk bulan September akan diberikan kepada peserta kedua yang berjaya kumpul mata paling banyak untuk bulan tersebut.

3. Setiap individu/peserta hanya dibenarkan untuk menggunakan satu pasukan sahaja di dalam Liga Fantasi Thelaki. Jika individu/peserta tersebut didapati menggunakan lebih daripada satu pasukan di dalam Liga Fantasi Thelaki, hanya satu pasukan akan dikekalkan dan pasukan lain yang dimiliki oleh individu/peserta tersebut akan dibatalkan penyertaan.

4. Pilihan muktamad tertakluk kepada keputusan juri daripada pihak Thelaki.com.my 

5. Terma & Syarat seperti termaktub dalam laman web www.thelaki.com.my

6. Peraduan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas sahaja.

7. Pemenang akan dihubungi/menerima “Direct Message” daripada akaun rasmi @thelakione.

8. Para pemenang yang layak diminta memberi butiran diri di Direct Message. Sekiranya pemenang tidak memberi sebarang butiran lengkap, pihak penganjur berhak memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

KATALAKI: Ajak kawan-kawan korang join sekali Liga Fantasi Thelaki ni. Semakin ramai yang join, hadiah semakin lumayan mungkin?

Last modified: 20 September 2019