Freestyler Malaysia Yang Korang Wajib Kenal

Aktif, Bola

Bola sepak sekarang ni bukan terhad untuk dimainkan kat dalam padang je. Ada macam-macam lagi cabang sukan bola sepak antaranya futsal dan bola sepak gaya bebas atau freestyle football.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WFFA (@thewffa) on

Freestyle football dah wujud sejak zaman dulu lagi. Antara pemain bola sepak ternama yang memperjuangkan sukan freestyle football ialah Maradona dan Ronaldinho. Disebabkan dua legenda ni berani bawa masuk cara dan seni freestyle football ke dalam perlawanan bola sepak di dalam padang, sekarang ni semakin ramai pemain bola yang semakin berani menunjukkan skil freestyle football masing-masing kat dalam padang.

Baru-baru ni, permainan video popular, FIFA 20 juga akan menampilkan semula freestyle football dalam mod permainan terbaru FIFA.

Malaysia pun tak terkecuali daripada terlibat dalam sukan freestyle football sebenarnya. Ada freestyler dari Malaysia yang dah pernah bertanding sampai ke peringkat antarabangsa. Ini antara freestyler Malaysia yang korang kena kenal.

Qhouirunnisa’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by خيرالنساء (@qhouirunnisa) on

Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi yang berasal dari Klang, Selangor sebelum ni pernah dipilih untuk mewakili Malaysia ke stadium pasukan bola sepak Bayern Munich di German. Siap tunjuk skil kat depan Mats Hummels. Masa ni Mats Hummels masih lagi beraksi bersama Bayern Munich. Sekarang ni Mats Hummels dah berpindah ke Borussia Dortmund.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by خيرالنساء (@qhouirunnisa) on

Qhouirunnisa’ mula terjebak dengan freestyle football pada tahun 2016, berlatih mengawal dan menimbang bola setiap hari dan YouTube merupakan salah satu medium untuk Qhouirunnisa’ belajar teknik freestyle football.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by خيرالنساء (@qhouirunnisa) on

Ariff Karim

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LAGENDA (@ariffkarim) on

Salah seorang daripada anak didik kepada Dr Freestyler Malaysia iaitu Ariff Karim memegang gelaran freestyler nombor 1 di Malaysia, pernah mendapat tempat ke-8 di Asia dan tempat ke-19 di seluruh dunia. Baru-baru ni juga, Ariff Karim dijemput untuk menjadi juri kepada Spanish FREESTYLE Football Community di Sepanyol.

Mula terlibat dengan freestyle football sejak tahun 2008, Ariff Karim pernah gak dijemput untuk buat persembahan di perlawanan akhir UEFA Champions League 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LAGENDA (@ariffkarim) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LAGENDA (@ariffkarim) on

Zeem Ahmad

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @zeemahmad on

Pernah bertanding dalam Asian Freestyle Football Championship dan The Pannahouse Invitationals di Copenhagen, Denmark, Zeem Ahmad merupakan salah seorang legenda freestyler yang masih lagi aktif memperjuangkan sukan freestyle football di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @zeemahmad on

Zeem Ahmad juga merupakan salah seorang tenaga pengajar yang terlibat dalam Panna Home Training Camp di Jepun. Punca Zeem Ahmad mula berminat dalam sukan freestyle football selepas menonton aksi freestyle daripada Ronaldinho kat TV.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @zeemahmad on

Zulhilmi Zuaswa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WIRA (@zhilmifreestyle) on

Berasal dari Kelantan, Zulhilmi Zuaswa merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang pernah bertanding dalam Red Bull Street Style World Final pada tahun 2018 di Poland.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WIRA (@zhilmifreestyle) on

Baru berumur 16 tahun pada tahun 2019 ni, Zulhilmi Zuaswa menjadikan YouTube sebagai salah satu rujukan untuk belajar teknik-teknik freestyle football yang baru.

KATALAKI: Kalau semakin banyak promosi dan pendedahan mengenai sukan freestyle football kat Malaysia, mungkin semakin ramai anak Malaysia yang akan mencipta nama di peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

Last modified: 14 August 2019