Fresh & Clean – Tips Putihkan Kasut!

Collab

Fabric Shoe Premium Cleaning
RM23

Salah satu accessory yang semestinya sinonim dengan seorang lelaki ialah Kasut. Tak kisah la apa brand sekalipun, sama ada Jordans, Chuck Taylor, Stan Smith, Airmax, Superstar, Classic Slip On atau kasut sneakers brand Power sekali pun. Kasut adalah salah satu kekuatan dalam sifat kehandsomeman seorang lelaki.

Tapi, apa yang membuatkan seorang lelaki terus hilang sifat handsome tu bila kasut kotor. Ya geng, nak-nak lagi bila korang sejenis yang suka pakai kasut warna putih tu. Tak cool dowh bila awek elok nak usha tiba-tiba tang kasut tu kotor ya amat.

Maka hari ini, Thelaki nak share ngan korang tips untuk putihkan dan bersihkan kasut korang. Jom baca.

1. Kena Rajin Geng!

Ini perkara basic untuk semua bro yang beli kasut baru. Paling penting sekali adalah kerajinan korang untuk maintain kebersihan kasut baru tu, nak-nak kalau kasut tu adalah berwarna putih. Kalau dah tahu kasut baru tu warna putih, kena la selalu usha kaki korang dan tempat yang korang jalan tu.

Sebelum korang nak sarung kasut kat kaki tu, apa kata ambik kain, basahkan sikit and lap je mana-mana tempat yang ada kotoran tu. Kalau dark spot atau area kotoran tu sikit pun, korang lap je lah. Kalau kotor kecil-kecil ni korang tak bersihkan nanti lama-lama dia akan jadi lebih susah untuk dihilangkan.

Nak lagi senang, beli magic eraser. Ada bermacam-macam jenis yang terjual, dengan magic eraser ni, akan lebih senang untuk korang bersihkan kasut.    

Krediti foto: www.pexels.com

2. Sabun Cuci Pingggan & Berus Gigi

Yes, ini adalah salah satu cara yang agak berkesan, terutama sekali untuk kasut berwarna putih. Modal untuk trik ni hanyalah sabun cuci pinggan (sabun ni standard mak-mak selalu beli setiap rumah mesti ada), dan berus gigi (berus gigi yang dah tak pakai la).

Apa yang korang perlu buat hanyalah letakkan sabun tersebut di kawasan kotoran pada kasut tu, basahkan sedikit berus gigi tu dan gosok bahagian yang kotor. Gosok sampai hilang kotoran pada kasut. Confirm kasut korang akan jadi putih.

Warning: Jangan masuk kasut korang dalam washing machine tau!

3. Shoe Spa

Yang ketiga ni cara paling mudah yang kitorang boleh rekomen. Cara paling mudah, jimat masam tenaga. Korang cuma kena spend beberapa ringgit je. Kalau kasut korang tu susah sangat nak basuh ataupun perlukan extra care untuk basuh. Korang hantar je kat Stratshoespa, nak lagi best dekat Superdeals ada tawaran cuci kasut korang serendah RM23 je. Murah tu gais!   

Bukan takat boleh bersihkan kasut korang je, ada beberapa kedai Shoe Spa yang tawarkan Restoration Service dimana korang boleh repair balik kasut korang.

KATALAKI: Kepada bro-bro semua, rajin-rajin la korang basuh kasut sebelum korang kena basuh dengan awek korang…   

Fabric Shoe Premium Cleaning
RM23

Last modified: 7 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *