Fulham, Pasukan Premier League Pertama Pakai Jersi Double Digit

Aktif, Bola

Team yang dah sah akan tersingkir daripada Premier League, Fulham baru-baru ni ada umumkan yang dorang akan gunakan jersi double digit untuk semua pemain, pertama kali dalam sejarah Premier League.

Menurut laman web fulhamfc.com, pemain yang menggunakan jersi bernombor 1 hingga 9, akan ditambah angka 0 untuk jadikan jersi bernombor double digit.

Image Via : fulhamfc.com

Fulham ada kongsi gak gambar dan video pemain sensasi dorang, Ryan Sessegnon dan Aleksandar Mitrović bersama dengan nombor baru kat jersi.

Image Via : fulhamfc.com

Image Via : fulhamfc.com

Nampaknya Fulham memang pandai bergurau walaupun dah confirmed tersingkir daripada Premier League. Pengumuman yang disampaikan oleh Fulham menerusi Twitter ni sebenarnya hanya lah troll untuk April Fool.

Disebabkan penyokong Fulham dah berbulu, Fulham boleh lagi nak bergurau walaupun prestasi pasukan hambar sampai tersingkir daripada Premier League, ni respons daripada penyokong Fulham.

KATALAKI: Korang terhibur tak dengan troll Fulham ni? Ke memang hambar?

Last modified: 4 April 2019