Fundeavour, Social Media Untuk Para Gamer & Streamer

Game, Tech

Pernah dengar tentang Fundeavour?. Fundeavour merupakan salah satu media sosial yang dibuat khas untuk Gamers, Streamer dan jugak E-Sport Player.

Lagi satu fakta menarik tentang Fundeavour adalah ianya dibuat oleh orang Malaysia. Kitorang sempat menemu bual salah seorang founder untuk Fundeavour untuk menceritakan serba sedikit tentang apa itu Fundeavour.

Michelle Tan atau lebih dikenali dengan nama Lylia merupakan salah seorang founder Fundeavour. Ditubuhkan pada tahun 2016, Fundeavour pada mulanya merupakan usaha untuk membantu para gamers dan streamer untuk mendapat lebih banyak pendedahan dari jenama-jenama besar.

Fundeavour jugak membantu dari segi pengurusan dan juga Sponsorship Connection untuk mereka yang bernaung sebagai Fundeavour Partners.

Buat masa ini pihak Fundeavour telah berkerjasama dengan jenama-jenama besar seperti Tencent, Maxis, Acer Predator, Uniqlo dan banyak lagi.

(Lylia bersama sebahagian ahli Fundeavour)

Ketika ditanya berkenaan pencapaian terbesar Fundeavour, Lylia menyatakan yang walaupun Fundeavour masih lagi baru ditubuhkan tetapi setakat hari ini Fundeavour sudah mempunyai lebih 20,000 ahli dan boleh dikatakan merupakan Talent Agency pertama di Malaysia yang fokus kepada kepada para gamers.

Ketika masih baru ditubuhkan, Lylia menyatakan yang pihaknya agar sukar untuk menerangkan kepada orang umum tentang apa itu Fundeavour akan tetapi dengan penerimaan sukan E-Sport yang dilihat masa kini diterima oleh rakyat Malaysia telah memudahkan Lylia untuk berkerja dengan pelbagai pihak.

(Lylia bersama sebahagian ahli Fundeavour yang dijemput untuk majlis MainFrame : The Ultimate Streamers Gateaway)

Dengan penerimaan sukan E-Sport yang semakin diterima oleh rakyat Malaysia, Lylia berkata yang pihak Fundeavour akan terus membantu para gamers dan E-Sport Players dengan berkerjasama dengan organisasi dan jenama-jenama besar yang lain dari segi pendapat dan juga menyediakan bakat-bakat yang diperlukan.

Bagi korang yang berminat untuk menjadi ahli Fundeavour, Korang boleh mendaftar di website Fundeavour dan mulakan langkah pertama untuk mempunyai kerjaya dalam bidang gaming di Malaysia.

KATALAKI : Sekarang main video game pun boleh buat duit!

Last modified: 11 January 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *