Fungsi-Fungsi Pada Kereta Yang Ramai Tak Tahu

Sembang, ZAP, ZeKool

Cuba Tanya kawan-kawan korang yang pakai kereta tu berapa banyak je fungsi kereta pada kereta diorang tu yang diorang tahu. Kalau beli kereta baru pun biasanya jurujual kereta akan explain benda asas je pada kereta. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca buku manual yang diberikan sekali selepas pembelian kereta. Jadi boleh dikatakan sebenarnya ramai yang tak tahu fungsi-fungsi lain yang ada pada kereta. Tapi tak apa sebab kali ni aku akan share sikit fungsi-fungsi yang ada pada kereta tapi korang tak tahu apa fungsinya.

SHIFT LOCK

Kalau kereta korang ada butang shift lock yang terletak di sebelah tombol gear, ia berfungsi untuk menukarkan gear P ke gear N ketika enjin mati. Biasa kereta automatik ada fungsi shift lock ni. Fungsi ni sebenarnya dibina untuk keselamatan pemandu selepas mengambil kira banyak kecuaian yang berlaku. Terdapat insiden di mana pemandu menghidupkan enjin ketika gear sedang pada N. Bila pemandu tersebut tak perasan gear ada di N dan menarik ke bawah untuk mengundur, maka berlaku lah kemalangan sebab ingat dah masukkan gear ke R, tapi sebenarnya gear berada pada posisi D.

Insiden kedua pula bila pemandu panik tak dapat hidupkan kereta sedangkan gear senang berada pada kedudukan D atau R. Kereta automatik hanya boleh dihidupkan jika gear berada pada P atau N sahaja. Jadi shift lock ni bertujuan untuk memastikan gear berada pada P sebelum enjin dapat dimatikan. Jadi butang shift lock tu boleh digunakan semasa kereta korang tak boleh start atau semasa kena towing sebab nak kena alihkan gear daripada P ke N.

TRACTION CONTROL SYSTEM (TCS)

Mungkin ramai tak tahu fungsi ni yang ada pada kereta. Sebenarnya TCS berfungsi secara automatik, dan butang off pada dashboard kereta tu bertujuan mematikan fungsi TCS. TCS membantu meningkatkan ciri keselamatan kereta dengan mencegah tayar daripada tergelincir semasa memandu. Ianya sangat membantu kalau kita memandu semasa hujan. Tujuan untuk mematikan fungsi ni pula digunakan ketika kereta tersekat di dalam lumpur ataupun lopak air. Jadi kalau kereta tak tersekat, jangan gatal tangan tekan off pada fungsi TCS.

HAZARD LIGHTS

Walaupun semua orang dah tahu pasal fungsi hazard lights, perlu diingatkan fungsi ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Ia tidak boleh digunakan ketika hujan lebat atau ketika sesat mencari arah jalan kerana boleh mengakibatkan kekeliruan kepada pemandu jalan raya yang lain. Yang sebetulnya lampu kecemasan ini digunakan semasa kereta rosak di tepi jalan untuk memberi amaran kepada pemandu lain dan juga memperlahankan kenderaan lain.

TUIL PADA CERMIN PANDANG BELAKANG

Kalau korang perasan pada cermin pandang belakang korang akan ada satu tuil yang boleh ditarik ke bawah. Tuil tersebut berfungsi untuk menolak cermin pandang belakang ke posisi hadapan untuk mengurangkan silau cahaya yang datang dari kenderaan belakang. Jadi fungsi ni sangat membantu sekiranya lampu kereta belakang betul-betul tepat ke mata korang sehingga menganggu penglihatan semasa memandu.

CRUISE CONTROL

Ianya berfungsi untuk mengawal kelajuan kereta pada kelajuan yang korang tetapkan. Kalau korang ada fungsi ni memang best masa bawa dekat highway sebab boleh letak kelajuan pada bawah paras had laju. Jadi tak perlu risau ada speed trap ke tak. Fungsi ni boleh dimatikan dengan menekan semula butang cruise control atau menekan pedal brek.

KATALAKI: Harap lepas ni korang lebih aware dengan fungsi-fungsi yang ada pada kereta korang.

Last modified: 17 July 2020