Fuser, Pencabar Terbaru Guitar Hero & Rock Band

Game, Tech

Kalau korang pernah terjebak dengan permainan video konsol PlayStation 2, PlayStation 3 atau PlayStation 4, mesti korang dah cukup familiar dengan game Guitar Hero dan Rock Band yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu masa dahulu, terutama sekali kepada pemain yang memang pandai main alat muzik.

Mula muncul di pasaran sekitar tahun 2005 sehingga 2015, game Guitar Hero dan Rock Band yang dibangunkan oleh Harmonix, membolehkan manusia yang tak tahu langsung main alat muzik, jadi pandai main alat muzik dengan hanya menggunakan joystick PlayStation. Kalau nak lagi feeling lebih, pemain juga boleh menggunakan gitar mainan yang boleh disambungkan ke PlayStation. Kalau yang tak pernah langsung merasa main game Guitar Hero atau Rock Band, game ni memerlukan pemain untuk mengikut rentak lagu yang dimainkan, mengikut note yang betul dengan cara menekan button kat joystick atau pun menggunakan gitar mainan yang direka khas untuk game Guitar Hero atau Rock Band. Lagu-lagu yang boleh dimainkan pun ada lagu-lagu yang popular. Tu salah satu kekuatan yang dimiliki oleh Guitar Hero atau Rock Band, sebab korang boleh main lagu popular kegemaran korang, menggunakan alat muzik mainan, walaupun sebenarnya tak reti langsung main alat muzik di dunia realiti.

Selepas kejayaan yang dikecapi oleh Harmonix menerusi siri permainan Guitar Hero, Guitar Hero II dan Guitar Hero Encore: Rocks the 80s, kecemerlangan Harmonix membangunkan game yang ada kena-mengena dengan muzik diteruskan lagi dengan kemunculan Rock Band pada tahun 2007 yang boleh dimainkan di PlayStation 2, PlayStation 3, Xbox 360 dan Wii. Salah satu perbezaan ketara antara Guitar Hero dan Rock Band, pemain yang bermain secara solo lebih puas bermain game Guitar Hero dan kalau nak main secara beramai-ramai berserta gitar, dram dan mikrofon, lebih seronok dengan game Rock Band.

Boleh tahan lama gak jenama Rock Band bertahan di kalangan pemain-pemain permainan video konsol. Kali pertama diperkenalkan kepada umum pada tahun 2007, bertajuk Rock Band, dan kali terakhir siri permainan Rock Band dipasarkan pada tahun 2015 yang bertajuk Rock Band 4, boleh dimainkan di PlayStation 4 dan Xbox One. Game Rock Band masih lagi boleh dimainkan sehingga kini menerusi Rock Band Rivals secara atas talian.

Guitar Hero berjaya, Rock Band pun berjaya, kali ni Harmonix sekali lagi membangunkan satu lagi game baru yang ada kena-mengena dengan muzik, iaitu Fuser, game yang membolehkan pemain memainkan muzik genre electronic dance music (EDM) dengan hanya menggunakan joystick. Kalau sebelum ni, Guitar Hero dan Rock Band lebih kepada muzik rock, menerusi Fuser, tiba giliran penggemar-penggemar muzik EDM pula untuk mencuba main game seakan-akan di sebuah festival muzik EDM.

Jangan risau, berbeza dengan Guitar Hero dan Rock Band, Fuser tak memerlukan alat permainan tambahan pun untuk dimainkan. Boleh main guna joystick. Yang penting, kena betul lah note yang ditekan kat joystick tu. Lagu-lagu EDM yang popular pun turut disertakan sekali dalam game Fuser. Yang paling menarik, korang boleh mix sendiri pilihan lagu yang korang suka mengikut kreativiti masing-masing. Fuser akan mula dipasarkan kepada orang ramai di penghujung tahun 2020, boleh dimainkan di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

KATALAKI: Kalau nak main game Fuser ni nanti, sound system kena sedap baru betul feel dia.

Last modified: 11 July 2020