Futuristik! – Alat Pernafasan Air Purifier Yang Boleh Dipakai

Tech, ZAP, ZeKool

Kalau dalam filem-filem sci-fi futuristic selalu kita telah diberikan gambar bahawa dunia masa depan nanti akan mengalami pendedahan udara yang lebih toksik dan manusia-manusia dalam filem-filem sci-fi tersebut perlu mengunakan alat pernafasan dan bermacam-macam lagi peralatan yang modern dan canggih.

Tapi kita sebenarnya tak perlu tunggu masa yang lebih panjang untuk menyaksikan alat-alat modern yang canggih. Terutama sekali alat pernafasan yang dipakai dalam filem-filem sci-fi sebab kita sendiri zaman sekarang ni pun dah terdedah dengan udara-udara yang boleh dikatakan sudah sedikit atau sebanyak tercemar. Disebabkan itu juga lah terciptanya sebuah alat pernafasan bernama Aō Air The Atmos Wearable Air Purifier.

Tak dinafikan juga kita sekarang ni bukan sahaja terdedah dengan udara yang semakin tercemar tetapi kita juga berpotensi untuk terdedah dengan wabak-wabak yang boleh menjejaskan kesihatan kita semua. Dan sekarang ni juga kita dapat lihat ramai yang mengambil pendekat perlindungan dengan memakai facemask seperti N95 atau mask surgical yang boleh didapatkan di farmasi.

Disebabkan itu la untuk mendapatkan perlindungan yang lebih optimum, kita diwujudkan dengan Ao Air The Atmos yang bukan sahaja melindungi pemakai daripada udara yang tercemar tetapi ianya juga mempunyai fungsi dan kelebihan yang lebih canggih.

Bukan sahaja nampak stylo dan memberikan gaya kelihatan yang lebih futuristic buat si pemakai, Ao Air The Atmos ini juga mempunyai pre-filter dan active nano-filter serta sistem kipas yang secara aktif mengeluarkan dan mengasingkan udara yang kotor. Sistem kipas yang dilengkapkan bersama Ao Air The Atmos ini dikata mampu memberikan udara yang bersih sehingga 230 liter dan ianya juga akan mengikut cara pernafasan si pemakai.

Facemask yang biasa mungkin hanya mampu untuk menapis udara yang kita hirup tetapi Ao Air ini bukan sahaja menapis tetapi ianya juga boleh memberikan udara yang lebih segar. Dikategorikan sebagai wearable smart device ini didatangkan dengan bateri rechargeable lithium-ion dan mampu menyalurkan udara segar sehingga 5 jam waktu operasi.

Nampak macam tak masuk akal tetapi Ao Air ini memang wujud, boleh dibeli dan kemungkinan besar ada sesetengah daerah ataupun tempat yang memerlukan Ao Air ini kerana ianya berupaya untuk memberikan udara 50x lebih bersih.

Yang unik tentang Ao Air ini adalah apabila dipakai, ianya tidak terlalu ketat di sekitar bahagian mulut dan hidung. Ini antara yang faktor penting kerana mereka juga mengutamakan keselesaan buat si pemakai. Jadi tiada masalah untuk mereka yang mengunakan cermin mata atau yang ingin menjaga kulit muka daripada terkena make-up. Jadi orang masih lagi boleh melihat hidung dan mulut si pemakai dengan jelas.

KATALAKI: Tak lama nanti bila dah meletop produk ni, confirm berlambak kat jalan pasar…

Last modified: 4 February 2020