Gadget Bro | Entry-Level Smartphone Realme C2

Gadget Bro, Watch

Realme ada keluarkan sebuah smartphone entry-level yang bagi aku bukan sahaja mempunyai spec yang menarik tapi harga dia pun boleh tahan murah. Jom kita tengok betul berbaloi ke tak Realme C2 ini. Kita tengok spec untuk Realme C2 ni dulu.

Screen display untuk Realme C2 ni adalah sebesar 15.5cm dengan screen ratio sebesar 89.35%. Untuk processor pulak, Realme C2 ini menggunakan MediaTek Helio P22. Untuk smartphone Realme C2 ini dia dijual dengan dua versi. Versi pertama didatangkan dengan 2GB RAM dan 16GB storage

Untuk versi kedua pulak korang akan dapat 3GB RAM dan 32GB storage. Storage dia korang boleh expand sehingga 256GB dengan menggunakan memory card. Untuk operating system pula, Realme C2 ni menggunakan ColorOS 6.0 yang based on Android 9.

Kalau tengok daripada segi spec memang tak seberapa sangatlah tapi untuk sebuah entry-level smartphone aku rasa dah cukup bagus dah. Battery dia pun agak besar iaitu sebesar 4000mAh. Korang ngam tak dengan spec dia? Kalau ngam kita tengok design dia pulak.

Di bahagian depan Realme C2 ni terletak kamera hadapan dia yang sebesar 5 megapixel yang diletakkan dibahagian notch dia yang berbentuk DewdropBahagian belakang dia pulak terletak dual rear camera setup sebesar 13 megapixel dan 2 megapixel.

Untuk Realme C2 ni aku paling suka design body belakang dia. Realme C2 telah membawakan design yang dipanggil sebagai Diamond Cut. Nampak lawakan? Dekat bahagian kanan pula ada power button manakala dekat bahagian kiri pulak ada volume rocker. Dekat bahagian bawah pula ada charging port dan audio jack.

Bawah ini adalah contoh-contoh quality gambar untuk smartphone Realme C2:

Night Mode: Standard (LEFT) Chroma Boost (RIGHT)

Standard (Left) Chroma Boost (Right)

Bagi aku, agak nice jugalah camera dia sebenarnya. Kalau korang nak warna yang lagi terang korang boleh try fungsi Chroma Boost tu. Sebenarnya tak banyak yang aku boleh cakap untuk Realme C2 ni sebab spec yang dorang bagi dengan harga yang dorang tawarkan memang cukup berbaloi dah.

Lupa nak cakap pasal harga dia. Macam aku cakap tadi Realme C2 ni ada dua versi. Untuk versi 2GB RAM dan 16GB storage, korang boleh dapatkan pada harga RM429. Untuk versi 3GB RAM dan 32GB storage pula berharga RM499.

Tak dilupakan Realme C2 ini ada dua warna iaitu Diamond Black dan Diamond Blue. Bagi aku Diamond Blue ni yang paling cantiklah. Kalau korang berminat nak dapatkan Realme C2 ini, korang boleh klik di SINI. Lagi satu pada 12 July 2019 ini, korang boleh dapatkan smartphone Realme dengan tawaran harga yang lebih murah di Lazada

Antara tawaran menarik yang korang boleh dapatkan adalah Realme 2 Pro (8GB + 128GB) dengan harga serendah RM699 berbanding harga asal iaitu RM999. Bagi korang yang nak dapatkan Realme 3 Pro pula, korang akan dapat sebuah speaker jenama JBL percuma bila korang beli smartphone ini pada 12 July nanti.

Antara smartphone Realme lain yang ada tawaran hebat adalah Realme C1 dan juga Realme 3.

KATALAKI: Kalau korang nak beli smartphone untuk parents or adik-adik korang, bolehlah usya Realme C2 ini.

Last modified: 10 July 2019