Gaji Ninja RM351,000? Biar Betik!

Sembang

Tahukah korang, bertempat di Iga, Mie, salah sebuah bandar ternama di Jepun dilaporkan sedang menghadapi krisis yang kurang dikenali berbanding dengan demografi yang dilanda oleh bandar-bandar yang lain. Ya, bandar tersebut kekurangan jumlah ninja yang besar.

Kredit foto: Japan Monthly Web Magazine

Dengan menawarkan gaji yang cukup lumayan sebanyak $85,000 (Anggaran sebanyak RM351,000) setahun sebagai gaji maksimum buat mereka yang tercalon, perkara ini masih dianggap salah satu krisis terbesar bandar tersebut.

Bandar kecil yang dikatakan sebagai tempat kelahiran para ninja-ninja popular, Iga merupakan tempat dimana ia menerima lebih 30,000 pengunjung dari serata negara menyaksikan & mengalami acara tahunan festival ninja.

Pekerjaan yang ditawakan sebagai ninja ini sebenarnya adalah sebagai penghibur, bukan ninja sebenar seperti di dalam filem-filem ninja popular. Kerajaan tempatan sukar mengisi tempat-tempat bebas untuk para ninja, untuk menambahkan lagi kesukaran, calon ninja memerlukan tubuh fizikal yang bersesuaian.

Kredit foto: Japan Monthly Web Magazine

Menurut laporan Business Insider. bandar tersebut mengalami depopulasi dan kebanyakan penduduk muda kini berpindah dari luar bandar.

Pada tahun 2017, Iga berjaya menarik 43 penduduk muda baharu secara keseluruhan manakala di daerah Mie Prefecture kehilangan sebanyak kira-kiara 1,000 penduduk.

Kredit foto: Japan Monthly Web Magazine

Untuk memulihkan semula ekonomi tempatan, Datuk Bandar Iga, Sakae Okamoto merancang untuk mengunakan warisan ninja untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa semasa perayaan tahunan bandar tersebut.

“Kami mengadakan perayaan ninja ini antara lewat April hingga sekitar awal bulan Mei. ketika tempoh ini, para pengunjung dan juga orang tempatan datang ke sini dan semua orang akan berpakaian seperti ninja dan berjalan disekitar acara tersebut.” menurut Datuk Bandar Iga, Sakae Okamoto.

KATALAKI: Kalau rasa ada cita-cita nak jadi Ninja sejak dari kecik tu, ini lah masanya!

Last modified: 16 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *