Gambar² Yang Sempat Diambil Sebelum Malapetaka!

Sembang, ZeKool

Photography sememangnya satu benda yang hebat. Dengan photography kita dapat menangkap satu moment secara visual supaya kita dapat melihat kembali gambar tersebut dan mengingati semula pengalaman dan sejarah yang terdapat pada gambar tersebut.

Namun tidak semua memori yang dapat ditangkap pada gambar dapat membawa kebahagian kerana ada beberapa gambar yang aku nak share dengan korang hari ini merupakan gambar-gambar yang diambil betul-betul sebelum berlakunya kemalangan dan kecelakaan!

PAVEL KASHIN

Free Running ataupun dikenali sebagai Parkour pernah menjadi popular satu masa dahulu. Video-video sukan yang bahaya ini telah menarik minat ramai remaja untuk mencubanya. Namun semakin ramai yang mencuba sukan ini, mereka jadi berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa lagi lebih handal dan ini telah mengakibat banyak kemalangan yang berlaku.

Pavel Kashin merupakan seorang Free Runner yang popular yang telah membuat ramai orang berasa kagum dengan kehebatannya. Namun ketika sedang melakukan satu aksi parkour di tebing sebuah bangunan setinggi 16 tingkat, dia telah hilang balance dan telah terjatuh terus ke tingkat bawah. Dia pada masa itu cuba melakukan backflip seperti aksi-aksinya sebelum ini namun pada hari tersebut, aksi yang selalu dilakukan ini telah menyebabkan kematiannya.

DUTCH TECHNICIAN

Wind Turbine merupakan satu binaan yang dapat memberikan tenaga elektrik kepada sebuah kampung dan juga bandar yang kecil. Wind Turbine selalunya boleh mencecah sehingga 220 meter tinggi. Bagi memastikan Wind Turbine ini dapat berfungsi dengan betul, ia akan selalu diselanggarakan oleh beberapa orang technician.Kerja ini sememang satu kerja yang sangat bahaya dan malapetaka boleh berlaku bila-bila masa sahaja kepada mereka.

Nasib tidak menyebelahi dua orang technician apabila Wind Turbine yang mereka sedang selenggara telah terbakar dan pada gambar diatas, mereka berdua dapat dilihat berada pada hujung Wind Turbine sambil memeluk sesama sendiri. Salah seorang daripada technician tersebut mengambil keputusan untuk terjun kerana tidak mahu mati terbakar. Seorang lagi technician cuba masuk ke dalam Wind Turbine itu kembali dan cuba turun melalui tangga namun tidak berjaya. Kedua-dua mereka disahkan mati ditempat kejadian.

R. BUDD DWNER

R. Budd Dwner merupakan seorang ahli politik dari Pennsylvania dan pada tahun 1986, dia telah dituduh mengambil rasuah. Dia telah melakukan sidang media bagi memberitahu kepada pihak media tentang apa yang berlaku dan ingin menegaskan yang dia tidak bersalah dalam kes tersebut.

Sidang media yang dilakukan sehari sebelum hari dia dijatuhkan hukuman ini dikatakan salah satu siaran langsung yang paling tragik pernah berlaku di kaca televisyen. Semasa melakukan sidang media, Dwner telah mengeluarkan sepucuk pistol dan menyuruh orang yang berada berhampirannya untuk menjauhkan diri. Dia kemudian meletakkan pistol tersebut ke dalam mulutnya sebelum dia melepaskan tembakan pada dirinya sendiri!

REYNALDO DAGSA

Seorang lagi ahli politik tapi kali ini ianya terjadi di Filipina. Reynaldo Dagsa yang merupakan seorang ahli politik di sana cuba untuk mengambil gambar keluarganya semasa sambutan tahun baru 2011. Semasa sedang mengambil gambar, dia tidak perasan yang seseorang sedang berada di belakang keluarganya dan orang tersebut sedang cuba untuk membunuhnya.

Sebaik sahaja gambar diambil, Reynaldo telah ditembak dan tembakan tersebut telah tepat terkena kepalanya dan menyebabkan dia mati disitu juga. Gambar yang diambil olehnya tadi telah menampakkan rupa penyerangnya yang sedang mengacukan pistol kearahnya. Penyerangnya telah berjaya diberkas oleh pihak polis dan lelaki tersebut dikatakan seorang bekas banduan yang baru sahaja dilepaskan dari penjara!

KATALAKI: Setiap kali tengok video parkour mesti aku sekali gigil membayangkan dorang boleh terjatuh!

Last modified: 12 February 2020