Apex Legends: Game Battle Royale Paling Gempak Tahun Ini!

Game, Tech

Bulan ini, sebuah game battle royale terbaru yang diberi nama Apex Legends telah dikeluarkan oleh Electronic Arts. Game yang dihasilkan oleh Respawn Entertainment, developer yang sama bertanggungjawab mengeluarkan game Titanfall ini telah dikeluarkan pada 4 Feb 2019 untuk PC, Xbox One dan juga PS4.

Game yang tidak sampai sebulan pun keluar ini telah menjadi game kegemaran ramai permainan battle royale dan boleh dikatakan hampir kesemua streamerstreamer permainan video battle royale seperti PUBG dan Fortnite telah meninggalkan kedua-dua game ini untuk bermain Apex Legends. Selepas lapan jam game ini dikeluarkan, hampir sejuta pemain telah bermain game ini dan mencatat rekod game yang paling banyak stream di Twitch pada masa itu!

Apex Legends berada dalam timeline yang sama dengan game Titanfall yang mana ianya terjadi selepas Titanfall 2. Game yang berciri firstperson shooter ini akan menempatkan 60 pemain dalam setiap sesi yang mana setiap pemain akan dibahagikan dalam kumpulan seramai 3 orang setiap team.

Berbeza daripada game battle royale lain, pemain dapat memilih salah satu daripada lapan legends yang mana setiap legends mempunyai skill dan corak permainan yang berbeza. Setiap legends juga akan mempunyai ultimate ability mereka yang tersendiri. So hari ini aku akan share dengan korang setiap legends yang terdapat dalam game ini dan legends mana yang sesuai dengan gameplay korang!

BANGALORE

Bangalore merupakan weapon specialist dan typical soldier yang biasa kita lihat dalam mana-mana game Battle Royale. Bangalore mempunyai keupayaan untuk mendapat speed boost apabila dia ditembak ketika sedang berlari. Ini menyenangkan Bangalore untuk lari menyelamatkan diri ketika diserang.

Untuk Tactical skill pula, Bangalore boleh melepaskan Smoke Launcher yang mana pemain dapat melepaskan bom asap yang akan menyukarkan musuh untuk melihat pergerakan Bangalore.

Untuk ultimate ability dia pula yang dipanggil Rolling Thunder membolehkan Bangalore memanggil air strike ke arah musuh yang mana membuatkan enemy lari bertaburan dan dalam masa Bangalore dapat meloloskan diri daripada serangan musuh. Bagi yang baru nak bermain Apex Legends, Bangalore merupakan legends yang paling senang untuk dimainkan.

WRAITH

Legend ini mempunyai inter-dimensional skill yang mana passive skill untuk watak ini membolehkan Wraith mendengar suara yang mampu memberitahu bila team musuh berada berhampiran dengannya! Bagi pemain yang kurang focus, skill ini sangat berguna supaya korang tak kena serang hendap daripada pihak musuh.

Wraith juga mempunyai tactical skill yang dipanggil Into The Void yang mana pemain dapat menghilangkan diri untuk jangka masa pendek. Wraith akan berubah menjadi Void dan pemain akan menjadi kebal daripada apa-apa serangan.

Ultimate skill untuk Wraith pula membolehkan dia membuka satu pintu portal yang mana pemain dan team dapat melarikan diri ketempat yang lebih selamat. Skill yang diberi nama Dimensional Rift ini bila digunakan akan membuka dua pintu portal yang mana pemain dapat setkan lokasi kedua-dua pintu dan meloloskan diri melalui pintu portal tersebut!

BLOODHOUND

Legend ini mampu untuk mengesan musuh dengan melihat kesan tapak kaki yang telah ditinggalkan oleh team musuh. Dengan adanya Bloodhound didalam team korang, senang untuk korang mengesan lokasi pihak musuh dan kemudian ambush mereka.

Untuk tactical abilities, Bloodhound mampu scan keadaan sekeliling untuk melihat tubuh badan musuh dan dimana lokasi mereka. Dengan mengaktifkan skill yang dipanggil Eye Of The Allfather ini, Bloodhound boleh melihat musuh yang sedang menyorok didalam rumah ataupun disebalik smoke bomb!

Bagi Ultimate skill pula, Bloodhound boleh mengaktifkan Beast Of The Hunt yang mana skill ini akan boost kelajuan Bloodhound dan dalam masa yang sama pemain dapat melihat tapak kaki enemy dan scan keadaan keliling untuk mengesan enemy yang sedang menyorok.

GIBRALTAR

Bagi korang yang suka main sebagai defend, Gibraltar merupakan watak yang sangat sesuai dengan korang. Walaupun badan dia yang besar dan senang untuk jadi target enemy, Gibraltar punya passive skill iaitu Gun Shield membolehkan dia membuka satu shield semasa sedang aim enemy dari hadapan.

Bila member korang kena serang dan perlukan healing, Gibraltar boleh menggunakan tactical skill yang dipanggil Dome Of Protection yang mana pemain boleh membuka satu dome shield yang agak besar untuk memuatkan satu team daripada terkena serangan enemy.

Korang tak tahu enemy ada dekat mana? Jangan risau sebab dengan Gibraltar punya ultimate yang dipanggil Bombardment.Skill akan memanggil air strike ke kawasan persembunyian musuh dan membuatkan mereka bertaburan melarikan diri!

LIFELINE

Lifeline merupakan legend yang lebih focus kepada support. Bila salah seorang teammate korang kena takedown, Lifeline mampu untuk heal mereka 25% lebih pantas daripada mana-mana legends. Passive skill yang diberi nama Combat Medic ini juga akan membuka satu shield yang mana akan melindungi korang dan teammate yang korang tengah heal dari serangan hadapan.

Tactical skill untuk Lifeline pula memang sangat berguna sebab skill yang diberi nama D.O.C Heal Drone ini akan heal teammate sambil korang dan team melancarkan serangan. Bila menggunakan skill ini, satu drone akan dilepaskan dan teammate yang berada berhampiran dengan drone ini akan dapat heal!

Baru respawn teammate dan tiada weapon dekat kawasan berhampiran? No worry sebab ultimate skill Lifeline memang dibuat untuk saat-saat macam ini. Skill yang diberi nama Care Package, yang mana pemain dapat memanggil satu airdrop care package yang akan memberikan team korang item seperti weapon, armor dan sebagainya.

PATHFINDER

Pathfinder adalah satu-satunya legend bukan human yang terdapat dalam game Apex Legends buat masa ini. Pathfinder mempunyai passive skill yang diberi nama Insider Knowledge yang mana dia boleh hack beacons yang terdapat didalam map untuk melihat ring location seterusnya.

Malas nak naik tangga bila nak loot item? Dengan Tactical skill Grappling Hook, Pemain dapat hook dekat mana-mana sahaja. Skill ini jugak sangat berguna kalau korang nak lari daripada enemy attack ataupun nak serang hendap enemy yang sedang berada diatas bangunan.

Team korang kena kepung? Gunakan ultimate skill Zipline Gun dan Pathfinder akan memasang satu zipline yang mana korang dan team boleh gunakan untuk melarikan diri daripada serangan pihak musuh.

CAUSTIC

Caustic merupakan legend yang pakar dalam chemical attack. Dengan menggunakan tactical skill yang diberi nama Nox Gas Trap, Caustic mampu meletakkan enam perangkap gas beracun. Setiap perangkap ini akan trigger bila terkena peluru enemy ataupun bila enemy berada terlalu dekat dengan trap.

Bagi membolehkan Caustic melihat enemy yang berada didalam kawasan gas beracun, passive skill yang diberi nama Nox Vision akan diaktifkan dan ini membolehkan Caustic menembak enemy yang berada didalam kawasan gas beracun.

Untuk Ultimate skill pula, Caustic boleh membaling gas beracun kearah kawasan enemy. Skill yang diberi nama Nox Gas Grenade ini akan cover satu area yang besar dengan gas beracun. Bila enemy termasuk dalam gas beracun ini, keupayaan untuk mereka bergerak akan lebih terbatas.

MIRAGE

Mirage merupakan legend yang banyak skill mengelirukan musuh. Sebagai contoh untuk passive skill, bila Mirage knocked down by enemy, Mirage akan mengeluarkan satu decoy dan Mirage yang sebenar akan menjadi halimunan dalam masa 5 saat. Ini membolehkan Mirage menyorok ke area yang lebih selamat.

Untuk tactical skill pula, Mirage mampu menghantar decoy untuk bergerak ke satu kawasan. Skill yang diberi nama Psyche Out ini berguna untuk mengelirukan musuh dan pemain dapat menyerang hendap enemy dari arah lain.

Ultimate untuk Mirage pula diberi nama Vanishing Act. Skill ini membolehkan Mirage mengeluarkan satu team decoy dan kemudian menghilangkan diri. Andai kata korang kena kepung, Gunakan ultimate skill ini untuk melarikan diri ketempat yang lebih selamat!

So Legends mana yang menjadi pilihan korang? Aku lebih suka gunakan Bangalore sebab skill dan ultimate dia memang sesuai dengan orang yang tak pernah main game battle royale macam aku haha! 

KATALAKI: Katanya dalam bulan June nanti dorang akan kenalkan Legends baru! Tak sabarnya nak tunggu!!

Last modified: 12 February 2019