Game-game Yang Terliur 2019!

Game, Tech

Happy New Year bro! Kepada geng-geng gamer, tahun 2019 ni boleh dikatakan tahun yang paling awesome sebab banyak gamegame yang bakal keluar tahun ni bro. Ini adalah beberapa game pilihan aku untuk tahun 2019!

RESIDENT EVIL 2

Bagi peminat game horror dan peminat siri Resident Evil memang kena mainlah game ni, Resident Evil 2 merupakan remake untuk game Resident Evil 2 yang dah pernah keluar pada tahun 1998 untuk Playstation 1.

Dalam game ni korang akan bermain sebagai Leon S. Kennedy, seorang anggota polis dan Claire Redfield, seorang college student yang mana dorang sedang cuba untuk melarikan dari Raccoon City, sebuah bandar yang telah diserang oleh geng-geng zombie!

Resident Evil 2 PS4 dikatakan bakal dikeluarkan pada 25 January 2019. Selain daripada PS4, game ini jugak akan dikeluarkan untuk Xbox One dan jugak PC bro.

ANTHEM

Anthem merupakan satu permainan online multiplayer action roleplaying yang dihasilkan oleh Bioware dan dikeluarkan oleh Electronic Arts.

Game ini menggabungkan ciri thirdperson shooter dan action roleplaying. Dalam game Anthem ni, korang boleh bermain dengan 3 orang kawan korang yang lain sambil memakai exosuits yang dipanggil sebagai Javelins.

Dalam game ni juga korang diberi pilihan untuk memilih satu class job diantara 3 class job yang lain. Antara class job yang korang boleh pilih adalah Ranger. Colossus, Storm dan jugak Interceptor.

Setiap class mempunyai weapon dan skill dorang yang tersendiri, lebih kurang macam game Destiny lah senang cerita. Aku memang tunggu game ni keluar dan katanya akan berada di pasaran pada 22 February 2019. Sempat lagi nak simpan duit ni bro!

SEKIRO: SHADOWS DIE TWICE

Permainan video yang seakan-akan game Bloodborne ini merupakan permainan video action RPG dengan ciri-ciri samurai bro!

Sekiro: Shadows Die Twice ini dikeluarkan oleh FromSoftware, syarikat yang sama bertanggungjawab mengeluarkan permainan video paling femes iaitu Dark Souls dan jugak Bloodborne.

Game ini akan mula berada dipasaran pada 22 March 2019 dan bagi korang yang permainan video ini, korang akan dapat Sekiro: Shadows Die Twice punya Theme untuk PS4 secara percuma bro!

GHOST OF TSUSHIMA

Hah ini satu lagi game yang bercirikan samurai yang bakal keluar tahun 2019 ni jugak. Ghost of Tsushima merupakan permainan video actionadventure yang dihasilkan oleh Sucker Punch Production dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertaiment untuk PS4.

Game ini merupakan game open world yang mana korang akan bermain sebagai seorang samurai terakhir di pulau Tsushima semasa permulaan serangan daripada Mongol terhadap Jepun.

Yang menariknya game ini tidak akan ada sebarang peta dan korang kena bermain tanpa sebarang waypoint. Dalam game ini korang akan disediakan seekor kuda untuk menyenangkan kroang travel dan sebilah Katana!

Bagi aku, aku dapat rasakan game ini ada vibe Red Dead Redemption 2 sedikit and pasti story dalam game ni mesti best macam story Red Dead Redemption 2. Tarikh release untuk game ini masih belum diumumkan tapi aku harap sangat di keluar tahun ni!

THE LAST OF US PART II

Yang ni boleh dikatakan game yang paling aku nak sangat main. Tak dapat main game yang first 4 tadi aku tak kisah sangat tapi yang ni aku nak sangat main walaupun yang game dia yang first aku tak pernah main pun lagi hahaha.

The Last of Us 2 merupakan sambungan kepada The Last of Us yang dikeluarkan pada tahun 2013 untuk konsol PS3 dan kemudiannya telah telah di remastered pada july 2014 untuk konsol PS4.

Game ini merupakan game action-adventure yang dihasilkan oleh Naughty Dog dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk konsol PS4. Game ini bermula 5 tahun selepas The Last of Us yang pertama dan korang nampaknya akan bermain sebagai Ellie yang dilihat sudah meningkat dewasa.

Buat masa ini masa tiada berita bila tarikh rasmi game ini akan mula dijual tapi aku rasa ianya mungkin akan keluar pada pertengahan tahun 2019 so sama-samalah kita tunggu ye!

KATALAKI: Game ape lagi yang korang tak sabar naik main tahun ni? Cer kongsikan dengan kitorang dekat bahagian komen!

Last modified: 14 January 2019