Game Horror Indonesia Jadi Movie?

Game, Tech

Bila nak cerita tentang indie game horror yang femes, tak banyak pun yang ada. Lagi-lagi kalau game tu dari Asia. Well ada satu horror game dari Indonesia yang aku paling minat and sampai sekarang aku tak berani nak habiskan bro!

Game yang aku nak cerita ni nama dia Dreadout. Kalau korang selalu check out social media aku mesti korang perasan aku selalu puji game ni. Walaupun dia bukannya AAA games tapi cara permainan dia still syok and seram.

Dreadout merupakan satu horror game daripada survival horror games yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh Digital Happiness untuk PC. Ada ura-ura menyatakan dorang nak keluarkan untuk PS4 tapi still takda update sampai sekarang.

Game ni menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang stuck dekat satu kawasan perkampungan yang telah ditinggalkan. Linda, watak utama dalam permainan video ni mula perasan benda-benda pelik mula terjadi disekitar kampung ni.

Kawan-kawan dia mula hilang dan dia kena cari kawan-kawan dia dan tinggalkan kawasan kampung ni secepat mungkin. Yang buatkan game lagi syok is korang cuma diberi sebijik smartphone yang mana korang kena gunakan dekat hantu-hantu yang muncul dekat korang dan tangkap gambar dorang. Alah lebih kurang macam korang main game Fatal Frame lah!

Selain gameplay dan story dia yang menarik, lagu-lagu dalam game Dreadout ni pun boleh tahan jugak tahap seram dia. Salah satu theme song dia adalah lagu yang bertajuk Lingsir Wengi. Lagu ini dikatakan sebuah lagu memuja yang digunakan untuk memanggil Pontianak ataupun lebih dikenali di Indonesia dengan nama Kuntilanak!

Korang dengar jelah lagu dia kat video atas ni. Kalau bulu roma korang tak meremang memang korang kentallah. Apa-apa jadi jangan salah aku pulak!

Well baru-baru ini, aku dapat info yang sebuah movie yang diinspirasikan dari permainan video horror ini dah pun dikeluarkan dekat pawagam di Indonesia pada 3 January yang lepas. Movie yang mempunyai tajuk yang sama iaitu Dreadout telah diarahkan oleh pengarah movie horror terkenal Indonesia iaitu Timo Tjahjanto dan Kimo Stamboel atau lebih dikenali dengan The Mo Brothers.

The Mo Brothers ni terkenal dengan horror movie Indonesia dorang seperti Rumah Dara dan juga Takut: Faces of Fear.

Sama ada movie ni akan betul-betul ikut story macam dalam permainan video Dreadout, kenalah tunggu sampai movie dia release dekat Malaysia pulak. Aku harap kalau lari pun takda lari jauh sangat dari story asal dia macam moviemovie yang diinsipirasikan dari permainan video sebelum ini.

Kalau korang jenis yang suka layan filem-filem cerita horror macam ni. Aku nak suggest korang try layan podcast tajuk “Paranormal” kat Aiskacang.com.my. Memang layan beb citer-citer seram diorang ni. Klik KAT SINI je…

KATALAKI: Apa-apa pun aku harap theme song Lingsir Wengi tu still dimasukkan dalam movie Dreadout ni!

Last modified: 9 January 2019