Game Iphone Paling Popular Tahun 2019

Game, Tech

Pada tahun 2019, Apple mengeluarkan 3 jenis iPhone yang terbaru iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max untuk meneruskan tradisi Apple, menghasilkan teknologi terbaru dalam smartphone yang dipasarkan setiap tahun. Di penghujung tahun 2019 ni, Apple ada kongsikan mengenai game yang paling popular dimuat turun oleh pengguna iPhone dari seluruh dunia. Mari kita tengok, game popular ni ada tak dalam smartphone korang. Kalau takde, boleh la cuba download.

1. MARIO KART TOUR

Mario Kart Tour, mula dipasarkan untuk pengguna iPhone pada bulan September 2019, merupakan game paling popular pada tahun 2019 selepas menerima lebih daripada 100 juta muat turun.

Leka gak kalau main game Mario Kart Tour ni. Pemain boleh pilih tahap kesukaran mengikut kelajuan yang disediakan antaranya 50cc, 100cc, 150cc dan 200cc dengan kelajuan yang melampau.

2. COLOR BUMP 3D

Game retro yang dah dimodenkan, Color Bump 3D memerlukan pemain untuk mengawal sebiji bola dan cuba untuk mengawal bola tersebut daripada terkena sebarang objek yang berlainan warna dengan bola tersebut.

Game senang je ni. Tak mencabar sangat. Tapi korang akan leka dengan warna dan objek yang ditampilkan dalam game Color Bump 3D.

3. AQUAPARK.IO

Game yang menggunakan unsur gelongsor air sebagai cara permainan, aquapark.io membolehkan pemain berlumba dengan pemain-pemain yang lain secara atas talian.

Selain daripada menggelongsor, pemain boleh gak terbang melalui avatar yang digunakan. Siapa dapat tamatkan perlumbaan di tempat pertama, dapat mata paling banyak. Kalau korang nak try dulu pun boleh sebelum download, klik kat sini.

4. CALL OF DUTY: MOBILE

Mula dipasarkan pada bulan Oktober 2019, Call of Duty: Mobile merupakan game yang berjaya mencabar kejayaan PUBG Mobile selepas menampilkan cara permainan yang lebih kurang sama, tapi Call of Duty: Mobile disertakan dengan beberapa mode permainan yang boleh dipilih oleh pemain sama ada Battle Royale, Multiplayer atau Zombie.

5. BITLIFE – LIFE SIMULATOR

Game yang membolehkan pemain untuk mengawal kehidupan manusia secara digital, lebih kurang macam The Sims, tapi game BitLife – Life Simulator hanya menggunakan teks atau tulisan.

Bermula daripada bayi sehingga menjadi warga emas, pemain boleh menentukan apa yang perlu dilakukan sebagai manusia di dunia digital termasuk lah belajar, bekerja, hubungan dengan ibu bapa, membeli rumah dan macam-macam lagi. Boleh ketagih gak game ni kalau korang suka dengan game yang penuh kepelbagaian jalan cerita.

Ini antara 5 game percuma paling popular untuk tahun 2019 yang boleh dimuat turun kat App Store. Kalau game yang berbayar, Minecraft merupakan game paling popular, diikuti oleh Heads Up! dan Plague Inc. di tempat ketiga.

KATALAKI: Game paling popular mana satu yang korang tak pernah lagi main tu, cuba try main dulu. Game ni popular mesti sebab betul-betul best.

Last modified: 24 December 2019