Game Ni Pun Boleh Jadi Battle Royale!

Game, Tech

Sejak kebelakangan ini, macam-macam game bergenre Battle Royale mula dikeluarkan. Yang terbaru dan paling popular sekarang adalah game Apex Legends yang dikeluarkan oleh EA dan dihasilkan oleh Respawn Entertaiment.

Kalau korang tengok semua game battle royale ini semua lebih kurang sama sahaja gameplay dia. Seramai 60 ke 100 orang akan diturunkan dalam satu map besar dan dorang kena survived sampai ke circle terakhir sambil bunuh enemy dengan weapon yang dorang jumpa di sekitar map.

Namun baru-baru ini terdapat satu permainan battle royale baru yang telah dikeluarkan dan yang uniknya gameplay dia sangat berbeza dengan permainan video battle royale yang lain. Game yang aku nak cerita ini nama dia Tetris 99!

Wait, Tetris? Game yang orang kena susun blok sampai jadi satu line untuk menang. Alah game yang selalu korang main masa kecik-kecik dekat handheld game tu. Tapi macam mana game Tetris ini dorang buat jadi game battle royale?

Dalam game ini, sebanyak 99 player akan berlawan serentak dan terdapat 98 slot akan berada di belah kiri dan kanan untuk menunjukkan gameplay pihak lawan. Kepada siapa yang gagal susun blok tersebut dalam masa yang diberi or terlalu banyak blok dalam slot dorang, pemain tersebut akan kalah.

Semasa dalam game, korang juga boleh membuang blok yang korang tak mahu guna kepada pemain lain untuk membuatkan dorang kelam kabut dan dapat blok yang bukan dorang perlukan. Korang boleh target player dalam beberapa cara seperti target player yang tengah target korang, target player yang tengah nak kalah, target random player ataupun target player yang mempunyai badges.

Badges akan diberikan kepada player yang mengalahkan player lain dengan memberikan blok yang tak digunakan ataupun dipanggil sebagai garbage yang mana ia akan bertukar kepada warna kelabu.

Baru-baru ini salah seorang streamer iaitu Forsen di Twitch telah berjaya mengumpulkan hampir 13,000 viewer pada livestream Tetris 99 dia. Adakah Tetris 99 akan mengalahkan Apex Legends or lepas seminggu semua orang akan start stream Apex Legends balik? Hahaha.

Game Tetris 99 diperkenalkan di Nintendo Direct yang berlangsung pada 13 Feb 2019 dan dikeluarkan pada hari yang sama. Game Tetris 99 ini adalah percuma kepada mereka yang mempunyai Nintendo Switch dan kepada mereka yang telah subscribe Nintendo Switch Online service. 

KATALAKI: So lepas ni Candy Crush Battle Royale pulak ke?

Last modified: 22 February 2019