Game Pemadam Dah Boleh Main Kat Smartphone

Game, Tech

Korang ingat lagi tak detik-detik menyeronokkan masa korang tengah sedap layan game lawan pemadam sementara tunggu cikgu masuk dalam kelas? Nampak macam senang tapi game ni memerlukan teknik dan pemadam yang betul gak, kan? Kali ni tak yah nak pergi beli pemadam, korang boleh main je kat smartphone korang!

Image Via : Thelaki

Sebelum kita tengok dengan lebih mendalam macam mana rupa game ni, malang sekali game lawan pemadam atau juga dikenali sebagai Rubber Wrestling ni belum lagi ada kat Apps Store untuk pengguna iPhone. Yang guna Android boleh download je kat Google Play Store. Percuma yang paling penting.

Image Via : Thelaki

Masih lagi mengekalkan cara permainan yang sama, dua pemadam yang menggunakan bendera Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura, setiap pemain secara bergilir-gilir kena cuba tindih pemadam pihak lawan.

Image Via : Thelaki

Cara nak kira score atau macam mana nak tentukan siapa menang main game ni korang kena buat secara manual. Takde lak disediakan jumlah score untuk setiap pemain. Pemadam siapa yang kena tindih, dikira kalah. Nak mulakan game yang baru, korang tekan butang reset.

Image Via : Thelaki

Tengok gambar dalam ni je mana puas brader. Cuba korang pergi try download pastu main jap.

KATALAKI: Boleh la main game baru ni untuk hilangkan kebosanan korang kat office tu.

Last modified: 26 April 2019