Game Power Rangers Ini Boleh Cross Platform!

Game, Tech

Pada tahun 2017, Syarikat nWay telah mengeluarkan satu permainan video mobile Power Rangers yang bertajuk Power Rangers Legacy Wars dan pada tahun ini nampaknya mereka beralih kepada permainan video di console dan pc!

Permainan video baru daripada nWay untuk siri Power Rangers ini diberi nama Power Rangers: Battle for the Grid. Permainan video ini dikatakan akan menyertakan pelbagai watak daripada siri Power Rangers, daripada zaman Mighty Morphin sehinggalah ke zaman baru iaitu Beast Morphers!

Dengan kerjasama antara nWay, Hasbro dan Lionsgate Games, permainan video baru ini dilihat mempunyai sedikit elemen seperti Injustice: Gods Among Us yang dihasilkan oleh NetherRealm Studios dan dikeluarkan oleh Warner Bros. Interactive Entertaiment.

Mengikut daripada video trailer Power Rangers: Battle of the Grids, Mereka menyatakan yang permainan video ini agak senang untuk dimainkan tetapi susah untuk menjadi mahir. Ini bermaksud pemain harus tahu bila waktu sesuai untuk membuat serangan dan bukan bagaimana untuk membuat serangan. Adakah game ini cukup femes untuk dijadikan salah satu competitive game?

Korang juga boleh berlawan secara online dengan kawan-kawan korang ataupun strangers dari seluruh negara. Dengan fungsi cross platform, korang boleh berlawan dengan kawan korang yang ada Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC.

Power Rangers: Battle of the Grids ini dikatakan akan dikeluarkan pada April 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan Nintendo Switch. Untuk PC, tarikh release sedikit berbeza dan akan diberitahu kelak. Kalau korang preorder sekarang game ini, korang akan dapat kostum khas Green Rangers V2 secara esklusif bro!

Harga untuk permainan video Power Rangers: Battle of the Grids dikatakan akan dijual pada harga RM82 dan RM164 untuk special collector edition. Agak murah jugaklah harga dia. Kalau confirm harga dia cuma RM164 untuk special collector edition confirm nanti aku akan beli tapi still kena tunggu review dululah takut tak best pula nanti haha!

KATALAKI: Nampak macam best, kalau special attack boleh panggil megazord mesti lagi ngam! hahaha

Last modified: 20 January 2019