Game PS4 Terjual Sebanyak 4 Juta Copy!?

Game, Tech

Minggu ini telah berlangsung acara tahunan yang diadakan oleh Sony sebagai tanda hormat antara Sony dan juga game developer yang telah berkerja keras membina permainan-permainan video yang terbaik.

Anugerah yang diberi nama Playstation Award ini telah mula diadakan sejak tahun 1995, setahun selepas Playstation 1 dikeluarkan dan dijual kepada umum.

Pada mulanya pemenang Playstation Awards diberi mengikut kategori dan kategori ini dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut jumlah copy game yang telah terjual sepanjang tahun itu.

Tahun ini, Pemenang untuk kategori Quadruple Platinum Prize, Game yang telah terjual melebihi 4 juta copy dimenangi oleh permainan video Monster Hunter World yang dihasilkan oleh Capcom.

Bagi anugerah Platinum Prize, ianya dimenangi oleh 2 permainan video. 2 titles yang berkongsi anugerah ini adalah The Last of Us Remastered yang dihasilkan oleh Sony Interactive Entertainment dan juga Persona 5 yang dihasilkan oleh Atlus.

Pemenang anugerah ini dipilih berdasarkan permainan video yang telah berjaya melepasi jualan sebanyak 1 juta copy.

Empat title dari Sony Interactive Entertainment telah berjaya memenangi anugerah Gold Prize iaitu anugerah untuk game yang telah melepasi jualan sebanyak 500,000 copy.

Game yang dimaksudkan adalah Call of Duty: WWII, God of War, Grand Turismo Sport dan Marvel’s Spider-Man. Antara game lain yang turut memenangi anugerah ini adalah Jikkyou Powerful Pro Yakyuu 2018, Pro Evolution Soccer 2018 dan Super Robot Wars V.

Untuk anugerah Playstation Network Award yang diberikan kepada 3 games online terbaik antara 1 Oktober 2017 sehingga 30 September 2018.

Permainan video yang memenangi anugerah ini adalah FIFA 2018 daripada Electronic Arts, Fortnite dari Epic Games dan juga Monster Hunter World daripada Capcom.

Turut diberikan adalah anugerah User’s Choice Award. Anugerah ini diberikan kepada 10 video games terbaik yang telah diundi sendiri oleh pengguna Playstation dari Jepun dan juga Asia.

Antara game yang memenangi anugerah ini adalah Assassin’s Creed Odyssey, Dark Souls Remastered, Detroit Become Human, Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age, Fortnite, God of War, The Legend of Heroes: Trail of Cold Steel IV, Marvel’s Spider-Man, Monster Hunter World dan juga Yakuza: Kiwami 2.

Permainan video indie juga diberikan anugerah. Terdapat 3 pemenang untuk kategori Indies & Developer Award iaitu Abzu dari Giant Squid, Dead Cells dari Motion Twin dan Ultimate Chicken Horse.

Pemenang anugerah Indies & Developer Award ini diberikan kepada game-game indie terbaik yang dikeluarkan untuk konsol Playstation.

KATALAKI: Siapa yang tak try main Monster Hunter World lagi, pergi try cepat. Baru korang paham kenapa 4 juta copy boleh terjual!

Last modified: 4 December 2018