Game PS5 Pertama Yang Dah Confirmed

Game, Tech, ZAP, ZeKool

Umum dah tahu yang permainan video terbaru keluaran Sony, PlayStation 5 dah memang confirmed akan mula dipasarkan pada tahun 2020. Bila tarikh rasmi sebenar, Sony belum bagi tahu lagi secara tepat. Bayangan yang kita dapat sekarang ni, PlayStation 5 akan mula dipasarkan pada Holiday 2020 yang juga bermaksud hujung tahun 2020. Kalau mengikut sejarah PlayStation 4 sebelum ni, mula dipasarkan pada bulan November 2013.

Logo terbaru yang dicipta khas untuk PlayStation 5 pun dah diumumkan secara rasmi di Consumer Electronic Show 2020 (CES 2020) yang berlangsung pada 7 Januari 2020 di Las Vegas. Teruk gak la Sony dan PlayStation dikecam sebab logo PlayStation 4 dan PlayStation 5 nampak lebih kurang sama je.

Buat masa ni, game pertama yang dah confirmed akan muncul dan boleh dimainkan kat PlayStation 5 adalah Godfall, permainan video yang menggunakan konsep role-playing game (RPG). Bila keluar je trailer Godfall, ramai gamer yang semakin berpeluh tengok bayangan kecanggihan grafik terbaru PlayStation 5 nanti.

Musuh ketat Sony dalam bidang permainan video iaitu Microsoft, juga akan mengeluarkan game console terbaru, Xbox Series X yang juga akan mula dipasarkan pada hujung tahun 2020. Berbeza dengan Sony yang masih lagi cuba menyorokkan macam mana rupa PlayStation 5, Microsoft dah tunjuk awal-awal dah macam mana rupa sebenar Xbox Series X nanti.

Setakat ni, hanya ada 3 syarikat yang masih lagi aktif menghasilkan video game console untuk terus membekalkan sumber hiburan menerusi permainan video kepada manusia iaitu Sony PlayStation, Microsoft Xbox dan Nintendo Switch.

Disebabkan Sony masih lagi belum tunjuk secara rasmi macam mana rupa sebenar PlayStation 5, ini antara rekaan konsep PlayStation 5 oleh orang awam yang dah tersebar luas di media sosial.

KATALAKI: Kalau diberi pilihan untuk ambil secara percuma, korang pilih PlayStation 5, Xbox Series X atau Nintendoo Switch?

Last modified: 11 March 2020