Game Puzzle Bantu Menyelidik Coronavirus

Sembang, ZAP, ZeKool

Kita dah dapat tahu bagaimana outbreak tentang coronavirus yang semakin tular sejak beberapa hari ini di berita-berita yang sahih malah terdapat langkah berjaga-jaga bagaimana kita semua seharusnya di ingatkan untuk membasuh dan membersihkan tangan setiap kali bersentuhan dengan apa saja objek dan juga menggelakkan diri daripada berada di tempat awam yang terlampau ramai. Pihak berkuasa dan pakar penyelidik juga sedang giat mencari penawar dan langkah-langkah terbaik untuk mengatasi virus ini daripada berleluasa.

Tapi bagaimana kalau ada cara untuk kita sebagai orang awam boleh membantu juga pakar penyelidik untuk membanteras virus yang semakin tular ini? Well, daripada kita sibuk menyebarkan berita-berita yang kurang sahih mahupun menunding jari kepada mana-mana pihak. Terdapat sebuah permainan puzzle yang bernama Foldit, ianya merupakan sebuah permainan khas khusus untuk menyelidik virus COVID-19.

Pihak developers yang mencipta permainan puzzle Foldit ini telah mengeluarkan sebuah lagi siri puzzle yang berjudul “Coronavirus Spike Protein Binder Design” yang membolehkan pengguna untuk cuba mencipta protein antiviral yang membantu pihak pakar penyelidik mengatasi protein spike virus COVID-19.


Foldit adalah permainan yang menguji minda para pemain yang diciptakan oleh pakar penyelidik di University of Washington dengan niat bertujuan menggunakan kebolehan para pemain untuk menyelesaikan puzzle simulator dalam pada masa yang sama membantu pakar penyelidik di Universiti tersebut menyelesaikan masalah vius COVID-19 menerusi inovasi saintifik.

Di dalam game Foldit, para pemain hanya perlu melipat struktur protein pada puzzle yang disediakan untuk mencari jawapan dan solusi yang terbaik dan pada masa yang sama melanjutkan pemahaman tentang rantain protein yang berbeza. Menurut info di dalam laman web rasmi Foldit, Semakin kita tahu tentang bagaimana lipatan protein tertentu berkali ganda, protein-protein baru yang lebih baik kita dapat merancang dan reka untuk memerangi protein yang berkaitan dengan virus untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Menurut jabatan Center for Game Science di University of Washington, permainan puzzle Foldit yang dikeluarkan pada tahun 2008, ianya dicipta dan direka untuk membantu pakar mencari dan menyelidik cara terbaik mengubati pelbagai jenis penyakit seperti kanser, Alzheimer dan AIDS.

Di dalam siri terbaharu permainan puzzle Foldit versi COVID-19 ini, terdapat dua jenis difficulty levels dimana pemain hanya perlu melipat protein coronavirus yang sedia ada. Dalam level yang lebih mencabar pula, pemain perlu reka protein daripada awal. Terdapat juga skor yang diberikan berdasarkan berapa berkesannya para pemain menyelesaikan puzzle pada permainan tersebut. Papan skor ini juga menentukan idea yang terbaik diberikan oleh para pemain.

Pihak pakar penyelidik daripada University of Washinton juga akan memantau mana-mana pemain yang berjaya melipat protein dan menyelesaikan puzzle di dalam permainan Foldit ini, dan solusi protein puzzle yang terbaik di dalam permainan ini juga akan di uji di jabatan Institute of Protein Design University of Washington.

Sejak dikeluarkan kepada orang awam, permainan yang menguji minda para pemain ini telah meraih sebanyak 200,000 pemain online yang sudah berdaftar, munurut University of Washington. Maka ianya sangat menarik untuk kita saksikan bagaimana permainan ini bukan sahaja menguji minda pemain malah dalam pada masa yang sama dapat membantu para penyelidik mencari penawar untuk memerangi virus yang sedang berleluasa.

Foldit bukan hanya permainan puzzle yang bertujuan menguji minda para pemain tetapi ianya membantu pihak pakar di Unversity tersebut untuk menghasilkan lebih banyak data yang mungkin boleh membawa kepada vaksin.

Pada tahun 2011, seorang pemain game Foldit berjaya menyelesaikan masalah yang kecil tetapi sangat sukar dalam menyahkodakan virus AIDS yang telah membingungkan dan menyukar pihak pakar dan saintis selama bertahun-tahun. Jika korang berminat untuk mencuba permainan puzzle ini, ianya adalah permainan free-to-play, korang boleh usha laman web rasmi Foldit DISINI.

KATALAKI: Boleh guna masa yang ada dengan otak yang geliga membantu menyelesaikan masalah. Baik ni!

Last modified: 8 March 2020