Game Simulator Trak Pilihan Gamers!

Game, Tech, ZeKool

Permainan video atau video games dicipta sebagai tujuan untuk memberikan pemain sejenis sifat pencapaian dalam diri mereka. Ianya juga secara tidak langsung dapat sedikit sebanyak mencetus cecair dopamine iaitu dikenali sebagai good hormones. Terdapat juga bukti saintifik yang signifikan dimana permainan video boleh membuatkan seseorang itu lebih bijak, sihat dan lebih gembira.

Sejak terwujudnya konsol permainan video games yang terkenal, kebanyakkan pengeluar video games mengeluarkan game-game yang dapat manarik minat pemain daripada pelbagai citarasa. Ada yang minat game bola, game lawan antara satu sama lain mahupun dalam sesebuah pasukan.

Tak heran juga dalam arena video games, terdapat musim-musim tertentu dimana ramai yang ingin bermain game-game lawan, game-game perperangan atau pun mencipta sebuah watak seperti dalam game Sims ataupun GTA V.

Antara permainan video yang ramai lihatnya mungkin sebagai video game yang biasa saja, tetapi ianya juga dapat menarik golongan pemain dan kebanyakkan streamers tempatan dan juga antarabangsa buat masa ini adalah video game yang dikenali sebagai Euro Truck Simulator 2. Jom kita kupas sikit secara ringkas disebalik video game Euro Truck Simulator 2 ni.

Secara jujurnya bagaimana saya tahu dan tertarik untuk menulis dan kongsikan dengan korang semua tentang video game Euro Truck Simulator 2 ni adalah disebabkan saya dapat lihat beberapa geng-geng streamers terkenal di Malaysia ini (seperti KCHUP dan Bobby-san to be exact) mula meluangkan masa mereka bermain game Euro Truck Simulator 2 sambil stream secara langsung di Facebook, sambil-sambil diorang dok stream dan layan peminat dan penonton, kita sebagai penonton dapat lihat bagaimana sesebuah trak atau treler bersaiz lebih daripada 1 tan dikenalikan dengan bersahaja.

Euro Truck Simulator 2 atau lebih cenderung untuk para peminat game ini gelarkan sebagai ETS2 merupakan sebuah permainan simulator trak yang dikembangkan dan diterbitkan oleh SCS Software untuk perisian Microsoft Windows, Linux, dan macOS. Pada awalnya game ini dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 2012. ETS2 ini juga adalah kesinambungan pada game keluaran terawalnya yang dilancarkan pada tahun 2008, Euro Truck Simulator.

Cara asas permainanan ETS2 ini adalah sangat straight forward dimana para pemain diberi peluang untuk memandu trak pilihan mereka melintasi penggembaran diserata Eropah dimana para pemain juga ditugaskan untuk mangambil kargo dari pelbagai lokasi dan menghantarnya ke destinasi tertentu.

Selain diberikan tanggungjawab untuk memandu trak dan menghantar barangan, pemain juga boleh membeli trak yang mereka inginkan dan mengubah suai trak mengikut pilihan pemain. Sebagai pemain, game ini juga turut memberikan pemain peluang untuk mengurus penghantaran kargo dan pemain boleh mengupah pemandu lain bekerja untuk mereka.

Untuk menambahkan lebih lagi kepuasan kepada para pemain, ETS2 memberikan simulasi sebenar bagaimana karier sebagai seorang pemandu trak dimana setiap tugasan penghantaran kargo diberikan upah yang membolehkan pemain upgrade trak mereka, membeli garage penyimpanan trak, dan pemain juga boleh menjana duit yang lebih banyak dengan memiliki trak sendiri daripada menjadi pemandu trak upahan. Pemain juga diberikan duit allowance untuk setiap penghantaran kargo digunakan untuk membayar minyak, dan tol. Sama macam kehidupan sebenar seorang pemandu trak ataupun treler lah.

Selain daripada trak, apabila karier didalam ETS2 sudah semakin perkembang. Para pemain boleh membeli trak dan treler yang lebih besar untuk menerima dan membuat penghantaran dan mengembangkan lagi perniagaan disekitar Eropah.

Salah satu features untuk ETS2 adalah para pemain diberi kebebasan untuk ubah dan design trak ataupun treler mengikut citarasa pemain seperti warna, sticker dan aksesori di dalam trak dan treler. Senang cerita, simulator didalam ETS2 ni memang nampak real, pemain juga kena berdepan dengan risiko trak/treler rosak di tengah jalan atau mengamali accident seperti keadaan sebenar di jalanraya.

ETS2 juga turut menampilkan 71 bandar daripada 12 negara dengan lebih 12 jenis kargo dan 15 syarikat fiksyen serta 7 janama terkenal trak dan treler antaranya seperti DAF, Scania, MAN, Volvo, Mercedes-Benz.

AKSESORI TAMBAHAN

Pada awalnya game ini dikeluarkan untuk perisian komputer Windows pada tahun 2013, dan lama kelamaan syarikat pengeluaran ETS2, SCS mengumumkan mereka bakal mengeluarkan untuk perisian macOS. Disebabkan permintaan yang tinggi, ETS2 dikembangkan kepada perisian Linux. Pada Julai 2019, ETS2 telah merekodkan jualan lebih daripada 5 juta unit.

Tidak dilupakan, disebabkan ETS2 ini adalah permainan simulator trak dan treler, kebanyakkan para pemain akan bermain game ini dengan aksesori tambahan seperti steering wheel lengkap dengan clutch dan pedal shift atau pun gear untuk memberikan feel atau rasa sebenar memandu trak dan treler.

Menurut seorang penulis daripada laman web VICE, game ETS2 ini telah berjaya memberikan beliau suatu bentuk terapi dan meditasi, beliau rasa lebih relax apabila bermain ETS2, ia membuatkanya bermain sehingga 30 jam dalam masa sehari. Disebabkan objektif game ini sangat mudah dan ianya memberikan simulasi keadaan sebenar seorang pemandu trak, game ini memberikan kepuasan yang berlainan berbeza daripada game-game genre misi membunuh hantu, makhluk atau pun berperang.

KISAH MISTERI JAM 12

Kalau korang jenis yang suka layan streamer main game ETS2 ini di Facebook Live macam saya, korang boleh la tengok cara-cara dan situasi yang dihadapi oleh para streamer ini ketika bermain ETS2. Sambil-sambil tu, boleh juga layan celoteh diorang bersembang dengan para penonton live stream, kadang-kadang tu ada yang siap pasang audio kisah misteri jam 12 lagi, nak bagi feel seram dan angker sambil tengah drive trak atau treler. Macam typical abang-abang trak gitu lah.

KATALAKI: Rasa pelik tapi seronok juga layan streamer bawak trak ni…

Last modified: 15 May 2020