Game Terbaru Far Cry Keluar Tahun Depan?

Game, Tech

Minggu ini pihak Ubisoft telah mengeluarkan satu video teaser yang dikatakan permainan video terbaru bagi siri Far Cry. Ramai peminat yang tertanya-tanya sama ada ini ada standalone Far Cry terbaru ataupun Cuma DLC bagi Far Cry 5

Namun hari ini Pihak Ubisoft telah menunjukkan trailer penuh untuk game terbaru Far Cry dengan nama Far Cry New Dawn di acara The Game Awards.

Far Cry New Dawn merupakan sambungan kepada Far Cry 5 iaitu 17 tahun selepas (spoiler alert) letupan nuclear yang berlaku pada ending game Far Cry 5.

Daripada info yang kitorang dapat, Far Cry New Dawn merupakan permainan survival yang dimana korang perlu survive didalam suasana postapocalyptic. Dikatakan juga korang boleh coop bersama kawan-kawan korang untuk sama-sama survive di dalam dunia Far Cry New Dawn.

Korang dan bersama kawan-kawan korang akan menentang musuh terbaru untuk Far Cry New Dawn ini yang dikenali sebagai The Twins, 2 adik beradik kembar yang juga merupakan ketua penyangak yang diberi nama Highwaymen.

Untuk survive didalam game ini, korang perlu membina home base korang sendiri dank orang jugak mampu untuk recruit specialists untuk membantu korang sama macam specialist dalam Far Cry 5.

Didalam dunia Far Cry New Dawn, korang perlu mencari resources demi memastikan korang dapat survive dan dapat mempertahankan diri korang dari diserang geng-geng Highwaymen di sekitar pekan Hope County.

Menurut Ubisoft, Far Cry New Dawn bakal dikeluarkan pada 15 Feb tahun hadapan. Buat masa ini apa yang kitorang tahu, Far Cry New Dawn akan dikeluarkan pada Playstation 4, Xbox One dan jugak PC.

KATALAKI: Terlihat kelibat The Father dalam Trailer.

Last modified: 7 December 2018