Game Terbaru Fast & Furious Ada Pelakon² Utama

Game, Tech

Berita baik untuk peminat filem Fast & Furious dan permainan video Need for Speed, game yang korang dah lama tunggu akan muncul pada tahun 2020 nanti. Game Fast & Furious Crossroads yang akan menampilkan Vin Diesel, Michelle Rodriguez dan Tyrese Gibson sebagai watak utama dalam game tersebut dijangka akan mula dipasarkan pada bulan Mei tahun 2020.

Berita mengenai game Fast & Furious Crossroads ni diumumkan oleh Vin Diesel dan Michelle Rodriguez sendiri di majlis The Game Awards 2019 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sebenarnya ni bukan lah kali pertama game Fast & Furious pernah dihasilkan. Kalau korang boleh ingat lagi pada tahun 2006, game The Fast and the Furious pernah dipasarkan untuk PlayStation 2, diadaptasikan daripada filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift yang juga ditayangkan pada tahun 2006.

Projek game Fast & Furious diteruskan lagi untuk kali yang ke-2 pada tahun 2013 selepas game Fast & Furious: Showdown mula dipasarkan untuk PlayStation 3, Xbox 360, Nintendo 3DS dan Windows. Game Fast & Furious: Showdown dihasilkan berdasarkan filem Fast Five dan Fast & Furious 6.

Untuk game Fast & Furious Crossroads kali ni, Bandai Namco bergandingan dengan pihak produksi yang pernah menghasilkan game Project CARS (2015) dan Project CARS 2 (2017) sebelum ni iaitu Slightly Mad Studios, berdasarkan filem Fast & Furious 9 yang juga dijangka akan ditayangkan pada Mei 2020 nanti.

Memandangkan game Project CARS sebelum ni menerima pujian dan dianggap game lumba kereta terbaik yang pernah dihasilkan oleh Slightly Mad Studios, jangkaan orang ramai untuk game Fast & Furious Crossroads kali ni dah tentu sekali tinggi. Yang belum lagi tengok trailer Fast & Furious Crossroads, layan dulu kat dalam video bawah ni.

Nampak macam gempak. Tapi tak tahu la kan sama ada gameplay dan grafik Fast & Furious Crossroads boleh lawan atau setanding dengan game terbaru Need for Speed: Heat yang dipasarkan pada bulan November 2019. Tapi ada Vin Diesel dalam Fast & Furious Crossroads pun dah boleh nampak game ni macam best. Sama-sama lah kita tunggu game ni dipasarkan pada bulan Mei tahun 2020 nanti.

KATALAKI: Sekarang ni dah banyak game yang gunakan konsep open world. Harap-harap Fast & Furious Crossroads nanti guna konsep yang sama gak lah.

Last modified: 13 December 2019