Game Terbaru Suicide Squad Boleh Main Kat PlayStation 5 Je?

Sembang

Game Spider-Man yang dipasarkan pada tahun 2018, salah satu game superhero popular terbaik yang pernah wujud setakat ni. Korang setuju? Walaupun hanya boleh dimainkan secara eksklusif di konsol PlayStation 4, game Spider-Man berjaya menang 16 anugerah sejak mula dipasarkan termasuk lah anugerah Best Action/Adventure Game di Game Critics Awards 2018 dan Best PlayStation 4 Game di Gamescom 2018. Sequel kepada game Spider-Man iaitu Spider-Man: Miles Morales, akan mula dipasarkan di penghujung tahun 2020 nanti, hanya boleh dimainkan di PlayStation 5.

Tapi, sekarang ni kita bukan nak fokus bercerita mengenai kejayaan game Spider-Man. Yang terbaru, sebuah lagi game yang ada juga kena-mengena dengan superhero komik, Suicide Squad dikatakan bakal disajikan kepada penggemar-penggemar permainan video tak lama lagi. Rasanya korang pun dah cukup familiar dengan Suicide Squad yang berasal dari DC Comics, kali pertama diperkenalkan kepada dunia menerusi penerbitan komik yang bertajuk The Brave and the Bold pada tahun 1959.

Berita mengenai game Suicide Squad diumumkan sendiri oleh Rocksteady, pembangun permainan video yang juga pernah menghasilkan game Batman: Arkham Knight sebelum ni. Walau bagaimanapun, setakat ni Rocksteady hanya mengumumkan mengenai teaser sahaja. Ciri-ciri dan maklumat yang lebih mendalam mengenai game terbaru Suicide Squad akan diketahui umum pada 22 Ogos 2020 nanti, semasa berlangsungnya acara DC FanDome yang diadakan secara virtual selama 24 jam.

Kali terakhir Rocksteady membangun sebuah game adalah menerusi Batman: Arkham Knight yang dipasarkan pada tahun 2015, menerima ulasan dan pujian menggunung daripada pemain-pemain dan pengkiritik permainan video. Dengan ciri-ciri grafik yang berkualiti, gameplay yang pelbagai dan boleh dimain secara open world, Batman: Arkham Knight berjaya menggondol beberapa anugerah yang terdiri daripada anugerah Best Action/Adventure Game di Game Critics Award dan Best British Game di British Academy Games Awards. Jadi, harapan orang ramai terhadap game terbaru Suicide Squad dah tentu sekali tinggi memandangkan Rocksteady dah pernah buktikan kehebatan mencipta sebuah game sebelum ni. Game Suicide Squad dijangka akan dipasarkan pada tahun 2021 nanti, selepas PlayStation 5 dah mula dipasarkan secara rasmi. Ada kemungkinan gak, game Suicide Squad hanya boleh dimainkan di konsol permainan generasi baru je iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X. Nak tahu jawapan muktamad, kita tunggu pengumuman rasmi daripada Rocksteady sendiri pada 22 Ogos 2020 nanti.

Selain daripada berita mengenai game terbaru Suicide Squad yang bakal diumumkan di acara DC FanDome, kita juga mungkin akan didedahkan dengan kemas kini terbaru mengenai filem The Suicide Squad terbaru, atau juga dikenali sebagai Suicide Squad 2, diarahkan oleh James Gunn yang pernah mengarahkan filem Guardians of the Galaxy sebelum ni.

KATALAKI: Sebab banyak filem baru yang ditunda dan belum lagi ditayangkan kat pawagam, lebih menarik untuk kita fokuskan kepada game-game terbaru yang bakal dipasarkan.

Last modified: 8 August 2020