Usaha Terbaik Game Developer Malaysia

Tech

Baru-baru ni kita ada dengar tentang kisah seorang adik kecil berusia 12 tahun yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pembuatan permainan video. Adik Thaqif dikatakan belajar membuat permainan video dengan hanya menonton video-video tutorial di Youtube.

Selepas beberapa hari berita ini mula tersebar, ramai geng-geng yang bekerja sebagai game developer menyokong minat adik ini dan mereka juga berkongsi serba sedikit tentang game development di Malaysia.

Antara yang menyumbang info tentang isu ini adalah Mohamad Shazmeel Shah atau lebih dikenali dengan panggilan Samad. Dia merupakan orang yang bertanggungjawab memulakan hashtag #GameDevMY di Twitter untuk memudahkan netizen bertanyakan soalan berkenaan industri gaming.

Samad yang merupakan graduan Bachelor in Multimedia majoring in Software Engineer & Game Design daripada MMU berkata wujudnya #GameDevMY ini adalah untuk raise awareness masyarakat terhadap industri game development.

Katanya lagi, industri game development dunia sekarang bernilai $137 billion dan dianggarkan akan terus meningkat sehingga $180 billion pada tahun 2020 seperti mana yang dilaporkan oleh NewZoo.

Ketika ditanya tentang mengapa kurangnya pendedahan tentang industri game development di Malaysia, Samad berkata yang kemungkinan besar punca utamanya adalah komunikasi. Di Malaysia dianggarkan terdapat hampir 30 syarikat gaming daripada syarikat kecil hinggalah syarikat yang menghasilkan game-game AAA.

Tapi disebabkan syarikat-syarikat ini sendiri kurang expose tentang kewujudan mereka membuatkan rakyat sendiri tidak tahu tentang kewujudan industri gaming itu sendiri di Malaysia.

Tambahnya lagi, penerimaan permainan video secara umum itu sendiri mendapat reaksi kurang baik daripada masyarakat. Ini menyebabkan apa saja yang berkaitan permainan video dilabelkan tidak bagus, melalaikan dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak ini kurang berminat untuk tahu lebih mendalam tentang permainan video.

Samad turut mencadangkan satu program elective di sekolah-sekolah untuk menerapkan fundamental of programming dalam anak-anak muda. Program seperti ini haruslah dibuat dengan lebih kasual supaya anak-anak muda ini tidak merasa seperti dipaksa seperti contoh mengenalkan mereka tentang programming fundamentals dengan bermain permainan video seperti Blockly & Scratch.

Samad kini bertugas sebagai Game Programmer di Les’ Copaque Games Development Inc (LCGDI) telah terlibat dalam beberapa permainan video mobile untuk kanak-kanak. Antaranya adalah seperti Upin & Ipin Spot the Difference, Upin & Ipin Ice Kacang Maker dan Upin & Ipin Coindrop. Permainan video ini boleh di download di Play Store & App Store.

Mereka juga pernah berkerjasama dengan syarikat-syarikat luar negara dalam penghasilan permainan video seperti game Upin & Ipin Demi Metromillenium.

Samad memberitahu mereka sekarang sedang dalam pembikinan permainan video mobile baru yang bertajuk Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal: The Game. Permainan video mobile yang ber-genre exploration dan story driven ini akan dikeluarkan tidak lama lagi bersempena filem terbaru mereka iaitu Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal.

Harapan Samad ialah dengan gerakan #GameDevMY ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap industri game development di Malaysia dan sekaligus membantu menaik tarafkan industri itu sendiri.

Andaikata korang ada soalan atau nak tahu dengan lebih lanjut tentang industri gaming, Korang boleh bertanya soalan di Twitter dan gunakan hashtag #GameDevMY ataupun terus je follow bro Samad di Twitter.

KATALAKI: Aku rasa dengan pendedahan yang betul plus dengan bajet RM10juta yang akan disalurkan dekat E-sport pasti akan jadikan Malaysia salah satu negara terkenal dalam dunia gaming tak lama lagi!

Last modified: 14 November 2018