#GameNews: Ada Zombie Dalam Game Monster Hunter World: Iceborne?

Game, Tech

Baru-baru ini pihak Capcom telah mengumumkan kolaborasi antara permainan video Monster Hunter World: Iceborne dengan permainan video Resident Evil 2 yang mana akan dibawa masuk bermula bulan November 2019. Banyak juga update baru yang dorang bagi.

Antaranya adalah pemain boleh memiliki costume khas watak Leon S. Kennedy dan juga costume Claire Redfield. Selain daripada costume khas yang pemain boleh miliki, terdapat juga costume khas untuk Handler. Tapi yang ini pelik sedikit sebab dia jadikan Mr. X, watak dalam Resident Evil 2 sebagai Handler korang. Aku rasa lagi sesuai kalau dia jadikan costume Mr. X sebagai Layered Armor untuk pemain!

Tak dilupakan pada 10 Oktober 2019 ini, DLC pertama untuk Monster Hunter World: Iceborne akan mula menemui semua peminat-peminat permainan video Monster Hunter World. DLC percuma ini sememangnya ditunggu-tunggu kerana bukan sahaja kerana ada feature baru yang diperkenalkan tapi juga kembalinya Rajang, monster yang pertama kali diperkenalkan dekat game Monster Hunter 2 pada tahun 2006.

Bagi mereka yang dah bermain permainan video Monster Hunter daripada dulu sudah tentunya tahu kenapa Rajang merupakan salah satu monster yang paling sukar untuk dibunuh dan juga merupakan monster yang paling dibenci oleh ramai pemain.

Rajang merupakan monster jenis Fanged Beast dan mempunyai element Thunder walaupun dia selalu dijumpai dalam map Volcano. Raksasa yang lemah dengan element Ice ini mempunyai keupayaan untuk menembak electricity daripada mulutnya. Selain daripada mampu bergerak dengan pantas, dia juga terkenal dengan badannya menjadi warna emas apabila dia dalam Rage Mode.

Selain itu, Monster Hunter World: Iceborne juga dilihat akan berkolaborasi bersama dengan permainan video Horizon Zero Dawn seperti mana yang dorang lakukan dekat game Monster Hunter World. Costume khas watak Aloy dan juga beberapa senjata khas juga dilihat dibawa kembali. Update ini dilihat akan bermula pada bulan November 2019 untuk Quest 1 dan juga pada Disember 2019 untuk Quest 2.

Bagi yang tak perasan, sebelum ini pihak Capcom ada mengumumkan satu pertandingan untuk rekaan senjata baru dan juga rekaan untuk Palico. Baru-baru ini pihak Capcom telah mengumumkan pemenang untuk kedua-dua pertandingan itu tadi.

Senjata yang diberi nama Black Eagle ini akan diletakan pada senjata jenis Charge Blade manakala custome Palico yang diberi nama Wiggler Set α+ juga akan tiba pada bulan November 2019 ini. Kalau korang ada helmet Wiggler, bolehlah korang pakaikan Palico korang Wiggler Set α+ ini.

KATALAKI: Monster Hunter tak pernah kecewakan aku. Selalu bagi free update dan DLC!

Last modified: 9 October 2019