#GameNews: Asics Transformers & Sphynx.MY Kini Dibawah Battle Arena!

Game, Tech

ASICS X TRANSFORMERS

Bagi meraikan dua jenama yang membawa nama Jepun, ASICS telah telah bergabung dengan animasi terkenal Transfomers bagi mengeluarkan beberapa kasut terbaru, t-shirt dan juga hoodie. Terdapat dua kasut, tiga t-shirt dan juga satu hoodie bagi koleksi ASICS X TRANSFOMERS ini.

Untuk bahagian footware, ia menggunakan GEL-LYTE V untuk orang dewasa dan juga GEL-LYTE V GS untuk kanak-kanak. Kedua-dua kasut ini mempunyai detachable character components pada bahagian hadapan dan belakang kasut untuk membolehkan pengguna untuk customize kasut mereka mengikut character yang mereka minat.

ASICS X TRANSFORMERS ini menampilkan tiga watak terkenal daripada siri Transformers iaitu Optimus Prime, Bumblebee dan juga Megatron. Jadi korang tak perlulah nak beli banyak-banyak kasut. Korang bolehlah tukar-tukar watak mengikut hari yang korang nak guna. Jimat duit hahaha!

Untuk tiga t-shirt dan juga satu hoodie yang dorang keluarkan, korang juga boleh customize mengikut kesesuaian korang. Patches ASICS yang terdapat pada tiga t-shirt dan satu hoodie ini boleh dicabut dan disebalik patches ASICS ini akan terdapat tulisan TRANSFORMERS dalam tulisan Jepun dibelakangnya. Design yang terdapat pada t-shirt dan juga hoodie ini juga menampilkan design retro Transformers bagi memberikan nostalgic effect.

Bagi t-shirt, ia dijual pada harga bermula RM179.10, hoodie pula dijual pada harga RM377.10 manakala untuk kasut pula dijual pada harga RM329 untuk GEL-LYTE V GS dan RM499 untuk GEL-LYTE V. Aku cuma tertarik dengan dia punya hoodie saja. Kena tunggu gaji keluar baru boleh belilah nampaknya!

SPHYNX.MY DIBAWAH BATTLE ARENA

Baru-baru ini, pihak Battle Arena telah mengumumkan yang pasukan Sphynx.MY, all-female Malaysian CS:GO terkenal Malaysia kini telah bernaung dibawah syarikat mereka. Pasukan yang ditubuhkan sejak tahun 2017 ini telah memenangi beberapa local championship title dan juga telah layak untuk bertanding dalam tournament international seperti ZOWIE DIVINA Women’s Asia CS:GO Championship 2019 dan juga Dreamhack Showdown Valencia.

Sebelum ini pasukan Sphynx.MY diketuai oleh Ramona “GFi#” Azween sebelum dia berpindah ke pasukan Tyloo Gaming dari China. Kini pasukan Sphynx.MY ini diketuai oleh Aisya Sabrina “Argent” Binti Sabri. Baru-baru ini pasukan ini telah bergelar juara dalam Lenovo Legion of Valkyries Malaysia Qualifier dan akan bertanding di peringkat Southeast Asia Finals.

Ketika ditanya mengapa Battle Arena mengambil keputusan untuk mengambil pasukan Sphynx.MY untuk bermain dibawah Battle Arena, mereka memberitahu yang perjalanan untuk menjadi satu pasukan wanita dalam Esports agak sukar berbanding full male team. Disebabkan itu mereka di Battle Arena faham akan situasi ini, mereka dan Sphynx.MY berkerjasama bagi memberikan inspirasi kepada wanita-wanita yang juga mempunyai minat menjadi pro Esports players untuk tidak takut mengejar impian mereka.

Dibawah ini merupakan ahli-ahli pasukan Sphynx.MY yang kini akan membawa nama Battle Arena Elites Sphynx (B.A.E Sphynx):

  • Nurul “Ayumiii” Aini
  • Aisya “Argent” Sabrina
  • Shanice “Alaska” Choo
  • Jasmine Christina “Jazminism” Sim
  • Ng “maye” May Yee
  • Iffah “3ve;” Nazurah
  • Narinpal “Fluck” Singh” (Coach)

Sama-sama kita doakan pasukan Battle Arena Elites Sphynx (B.A.E Sphynx) berjaya dalam Lenovo Legion of Valkyries (LOV) Southeast Asia Finals nanti. Mereka dikatakan akan menentang pasukan dari Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam dan juga Indonesia.

Top 4 team dari Asia Pacific akan berentap bagi merebut gelaran juara Legion of Valkyries yang pertama dan prize pool sebanyak USD18,500 yang mana tempat pertama akan membawa pulang USD5,000 dan juga lima laptop Legion Y540.

KATALAKI: Nak beli hoodie ASICS X TRANSFOMERS!

Last modified: 22 November 2019