Bully & Destroy All Humans – 2 Game Legend Bakal Kembali

Game, Tech

BULLY 2

Sebuah game klasik yang dikeluarkan pada tahun 2006 untuk console PS2 ini berkemungkinan besar bakal keluar dengan sequel pada akhir tahun 2020. Bagi yang tidak pernah bermain permainan video yang dikeluarkan oleh Rockstar ini, Bully boleh dikatakan satu permainan video yang bila mana bila korang gabungkan siri GTA dengan sekolah menengah hahaha!

Dalam game Bully, korang akan bermain sebagai Jimmy, seorang remaja yang bermasalah yang baru berpindah ke sekolah Bullworth Academy. Di sekolah ini, korang akan berjumpa dengan banyak pembuli-pembuli lain dan basically korang kena buat macam-macam mission untuk pastikan korang jadi pembuli yang paling digeruni oleh pembuli-pembuli yang lain.

Ramai peminat-peminat yang menanti sequel untuk permainan video ini dikeluarkan namun tiada khabar berita daripada pihak Rockstar selama 13 tahun ini. Namun satu video daripada Youtuber SWEGTA , telah menunjukan yang kemungkinan besar peminat-peminat permainan video Bully bakal dapat bermain Bully 2 tidak lama lagi!

Image Via: https://n4g.com

SWEGTA turut menyatakan yang sebenarnya permainan video Bully 2 sudah lama berada dalam pembikinan sejak daripada tahun 2018 lagi namun terpaksa ditinggalkan untuk memberi fokus pada permainan video Red Dead Redemption 2.

DESTROY ALL HUMANS

Satu lagi game klasik yang dikeluarkan pada tahun 2005 ini telah disahkan akan menjumpai peminat pada tahun hadapan. Destroy All Humans remake ini akan dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan juga PC. Dalam permainan video ini, korang akan bermain sebagai Crypto-137, makhluk asing yang ditugaskan untuk menghancurkan bumi.

Bagi die hard fan Destroy All Humans, korang sudah boleh mula preorder Destroy All Humans Collector Editions. Jum kita tengok apa yang korang akan dapat bila korang pre-order Destroy All Humans Collector Editions ini.

Terdapat dua versi Collector Editions yang korang boleh dapatkan. Versi yang pertama adalah versi Destroy All Humans! DNA Collector Edition yang mana akan dijual pada harga lebih kurang RM600+. Banyak juga benda-benda menarik yang korang boleh dapatkan untuk versi ini.

Antara benda yang korang akan dapat adalah permainan video Destroy All Humans, Figurine Crypto’N’Cow, key-chain Crypto, Anti-Stress Crypto toy, Limited Edition Box dan juga kesemua costume digital untuk permainan video Destroy All Humans.

Bagi versi yang kedua pula, ia dipanggil sebagai Destroy All Humans! Crypto-137 Edition yang mana dijual agak mahal sedikit iaitu lebih kurang RM1,600+. Untuk versi ini, korang akan dapat semua benda yang ada dalam collector edition yang pertama tadi cumanya figurine untuk edisi ini akan ditukar dengan figurine Crypto-137 yang bersaiz 60CM dan juga beg sandang Crypto!

KATALAKI: Dulu aku nak sangat main Destroy All Humans tapi tak mampu nak beli PS2 🙁

Last modified: 19 August 2019